Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara

November 29, 2023 · Isu semasa

Pasport Tan Sri Muhyiddin Yassin dipulangkan buat sementara selepas mahkamah membuat keputusan pagi ini berhubung permohonannya.

Bekas Perdana Menteri itu yang dibebaskan pada Ogos lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas empat pertuduhan sebelum ini memohon supaya pasportnya dipulangkan secara kekal.

Dalam keputusan hari ini, Hakim Azura Alwi memutuskan demikian atas alasan Muhyiddin itu masih mempunyai tiga lagi pertuduhan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

Selain itu, Azura menyatakan adalah pramatang pada peringkat ini membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mengubah syarat jaminan bon dan melepaskan pasport tanpa syarat.

Pada 16 Oktober lalu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri memfailkan permohonan untuk mendapatkan semula pasportnya secara kekal dan tanpa syarat.

Menurut afidavit sokongan yang difailkan, Muhyiddin memohon mendapatkan semula pasport bagi membolehkan beliau bercuti bersama keluarga di luar negara kerana ia merupakan satu kebiasaan buatnya sekeluarga untuk bercuti selama sebulan setiap tahun.

Katanya, percutian itu penting bagi membolehkan masa diluangkan bersama kerana dirinya dan keluarga amat tertekan pada tahun ini.

Selain itu, Muhyiddin turut memberikan alasan hendak ke Singapura bagi menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Mount Elizabeth yang didakwa mempunyai teknologi canggih bagi membolehkannya membuat pemeriksaan jantung tanpa ujian stres jantung atas ‘treadmill’ atau pengisar injakan.

Ujarnya, beliau pernah menjalani pemeriksaan serupa di Klinik Mayo di Amerika Syarikat (AS) namun memilih untuk membuat pemeriksaan tersebut di Singapura.

Untuk rekod, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini pada Mac lalu dipulangkan pasportnya secara kekal walaupun sedang berdepan pertuduhan kes rasuah di mahkamah yang sudah dibuktikan wujudnya prima facie.

Zahid sebelum ini didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, membabitkan dana Yayasan Akalbudi, yang ketika itu prosidingnya di peringkat pembelaan semasa pasport itu dipulangkan secara kekal.

Kemudiaan pada 4 September lalu, pihak pendakwaan kemudiaannya memohon untuk menghentikan perbicaraan dihadapi Presiden UMNO itu dan membebaskannya daripada kes rasuah sedang dihadapinya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok