Bapa tiga anak terlepas hukuman mati, bebas tuduhan edar dadah

November 22, 2023 · Isu semasa

Bapa kepada tiga anak terlepas hukuman mati selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Seremban hari ini atas dua pertuduhan mengedar pelbagai jenis dadah berjumlah 65,689 gram, tiga tahun lepas.

Hakim Datin Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohammad Hafizuddin Mohammad, 31, yang sebelum ini bekerja sebagai ‘beach boy’ atau budak pantai, lapor Bernama.

“Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut tanpa perlu dipanggil membela diri,” katanya.

Mengikut pertuduhan Mohammad Hafizuddin didakwa mengedar bahan disyaki dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 51,895 gram dan 13,794 gram dadah jenis 3,4 methylenedioxymethamphetamine (MDMA) di kawasan tepi laut berhampiran Marina Bay, Teluk Kemang, Port Dickson, kira-kira 7 pagi pada 14 Mei 2020.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1962 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ala’uddin Baharom, manakala tertuduh diwakili peguam diketuai Mohd Redzuan Mohamed Yusoff.

Seramai tujuh saksi memberi keterangan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula 20 Mac lepas.

Mohammad Hafizuddin yang ditemui pemberita selepas itu menzahirkan kelegaan dan berterima kasih dengan keputusan yang dibuat mahkamah hari ini.

“Kes ini memang beri kesan pada keluarga saya, susah sikit kerana isteri tanggung tiga anak yang masih kecil sendirian sepanjang saya dalam penjara,” katanya.

Pada 28 Mei 2020, Mohammad Hafizuddin didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson kerana mengedar dadah bernilai RM7.2 juta di Teluk Kemang.

Sebelum itu dia antara yang ditahan dalam operasi dijalankan polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berhubung pengedaran dadah menggunakan jalan laut.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Baki pinjaman hutang UDA ditukar selepas diluluskan Parlimen
April 4, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok