Kertas siasatan libatkan penipuan pelaburan ‘Datuk Wira’ dibuka

November 9, 2023 · Isu semasa

Polis membuka kertas siasatan berhubung sindiket penipuan pelaburan membabitkan ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Wira’ yang didakwa memperdaya ratusan pelabur sehingga mangsa kerugian dianggarkan mencecah hampir RM1 bilion.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan kes berkenaan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA), laper Bernama.

“Saya telah menerima maklumat berkaitan kes ini yang dilaporkan di akhbar. Kita kena siasat dulu dakwaan bahawa ‘Datuk’ itu dilindungi oleh seorang ‘Tan Sri’.

“Bila maklumat yang bukan kita keluarkan, kita kena siasat, kita nak sahkan berita dan maklumat itu benar,”katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki bergelar ‘Datuk Wira’ didakwa menipu ratusan pelabur tempatan dan antarabangsa dengan janji manis apabila menjual nama rakan kongsinya yang bergelar ‘Tan Sri’ melalui 18 syarikat pelaburan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Popular
Hampir sejuta tonton biawak ‘berpelukan’ di Pusat Penilaian Covid-19
July 28, 2021
88 peratus pemberi rasuah bukan Melayu, kata Zuhdi petik kajian PhD
September 7, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Baki pinjaman hutang UDA ditukar selepas diluluskan Parlimen
April 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok