DUN Jepak kekal milik calon GPS

November 4, 2023 · Politik

Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak apabila calonnya Iskandar Turkee diisytiharkan sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu malam ini.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Jepak Abang Zainuddin Abang Turkey pada 8.30 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Bintulu di sini, lapor Bernama.

Iskandar, 54, bekas pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) cawangan Sarawak menewaskan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing dengan majoriti 8,784 undi.

Semasa mengumumkan keputusan itu, Abang Zainuddin berkata Iskandar memperoleh 9,638 undi, Stevenson 854 undi dan Chieng 431 undi.

Peratusan pengundi yang keluar mengundi pada hari ini adalah 48.57 peratus.

DUN Jepak mempunyai 22,804 pemilih yang terdiri daripada 22,761 pengundi biasa dan 43 anggota polis.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya untuk hampir enam penggal, Datuk Talib Zulpilip pada 15 Sept lepas.

Pada Pilihan Raya Negeri 2021, Allahyarham Talib memenangi kerusi DUN Jepak dengan majoriti undi 4,243.

Berita berkaitan
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024· Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Pemuda MCA sokong tindakan Menteri Pelancongan di KLIA, kritik Akmal
July 2, 2023
Kalau kita pecat dia untung kerana dapat jadi MP bebas, kata Razali
November 11, 2023
Jangan tuding jari saja, sendiri tak berani buat, Peja beritahu Anwar
May 9, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok