Maqis rampas 25.2 tan metrik daging import tiada logo halal

May 26, 2021 · Isu semasa

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas lebih 25.2 tan matrik daging lembu sejuk beku dari Australia di Pelabuhan Klang Barat, Isnin lalu kerana didapati tiada logo halal di dalam kotak dagangan.

Pengarah Maqis Negeri Selangor, Zamri Hashim berkata hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh pegawai penguasa Maqis pada jam 4.20 petang itu mendapati pengimport gagal mempamerkan logo halal di dalam kotak dagangan yang dikehendaki sepertimana dalam syarat Permit Import yang diluluskan.

Berikutan itu, katanya semua daging lembu sejuk beku dianggarkan seberat 25,289.30 kilogram dan bernilai RM309,541.03 dirampas untuk tindakan lanjut.

Siasatan juga mendapati syarikat pembungkusan yang beroperasi di Selayang memasarkan produk daging sejuk beku di pasar raya sekitar Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zamri berkata kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan pada Permit Import Maqis merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2) akta sama.

Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya, katanya.

“MAQIS sentiasa melakukan pemeriksaan keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar, serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Malaysia ditahan di Melbourne cuba seludup dadah 622 kg
October 13, 2023· Isu semasa
Harga bahan mentah naik punca pengusaha naik harga makanan: MAPIM
January 23, 2023· Isu semasa
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok