Laporan polis dibuat pekerja MYAirline berhubung tunggakan gaji

November 1, 2023 · Isu semasa

Sekumpulan pekerja syarikat penerbangan MYAirline yang sedang menghadapi penggantungan operasinya sejak 12 Oktober lepas membuat laporan polis berkenaan tunggakan gaji mereka, hari ini.

Kira-kira 20 pekerja MYAirline membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, yang diiringi Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Kamarul Baharin Mansor, menurut laporan Bernama.

Kamarul Baharin memberitahu media bahawa laporan polis itu dibuat kerana MYAirline didakwa gagal membuat pembayaran gaji serta tidak membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak Mei lepas.

Penggantungan operasi MyAirline pada 12 Okt lepas yang dikatakan ekoran tekanan kewangan turut menimbulkan persoalan dalam kalangan lebih 500 kakitangan syarikat penerbangan itu berhubung status perkhidmatan mereka dalam syarikat berkenaan yang memulakan penerbangan sulungnya pada 1 Dis lepas.

Pada 16 Okt lepas, Pengarah dan Eksekutif Interim MYAirline Datuk Seri Azharuddin A Rahman dilaporkan berkata pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan dua isu penting iaitu memulangkan wang pelanggan yang telah membuat pembayaran bagi tempahan tiket dan membayar gaji kakitangan.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan akan melakukan siasatan berkaitan selain merujuk kes itu kepada IPD Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan IPD Kuala Langat.

Kamarul Baharin berkata isu berkenaan memerlukan campur tangan kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan kebajikan kakitangan syarikat penerbangan terbabit terbela dan dapat meneruskan kehidupan.

“Kehidupan mereka ketika ini amat terjejas dan saya harap kerajaan ambil maklum dan segera bertindak,” katanya.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Lesen MyAirline digantung serta-merta
November 1, 2023· Isu semasa
Polis tahan ahli perniagaan dalam siasatan kes syarikat penerbangan
October 23, 2023· Isu semasa
Popular
Hampir sejuta tonton biawak ‘berpelukan’ di Pusat Penilaian Covid-19
July 28, 2021
88 peratus pemberi rasuah bukan Melayu, kata Zuhdi petik kajian PhD
September 7, 2022
KDN haramkan ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’ sejajar undang-undang
May 18, 2023
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok