Premier Sarawak nafi anak mahu ambil alih MYAirline

October 12, 2023 · Isu semasa

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menafikan laporan sebuah akhbar yang mengaitkan anaknya, Abang Abdillah Izzarim, sebagai bakal pelabur baharu MyAirline Sdn Bhd (MYAirline).

Syarikat penerbangan tersebut pada pagi ini telah memaklumkan untuk menggantung operasinya berikutan mengalami masalah kewangan, lapor Bernama.

Bercakap kepada pemberita di sini, Abang Johari berkata spekulasi yang dibuat oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris itu berkemungkinan timbul ekoran kehadiran Abang Abdillah pada satu sesi dialog syarikat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Tak…(sebenarnya) apa yang berlaku ialah anak saya ke sana bersama kawannya dan beliau pada waktu itu ada dialog syarikat. Oleh itu, mereka (media) membuat spekulasi itu setelah nampak kehadirannya.

“Anak saya jadi serba salah. Hendak berjalan (bergerak) pun susah, semua (pergerakannya) diperhatikan orang. Bagi saya, ini tidak adil,” kata beliau.

Pada masa sama, Abang Johari turut menyangkal spekulasi mengenai kemungkinan MYAirline menjadi sebuah syarikat penerbangan milik Sarawak.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri itu masih menumpukan usaha rundingan bagi pengambilalihan MASWings yang juga anak syarikat Malaysia Airlines Berhad.

“Kita fokus dengan (pengambilalihan) MASWings. Usaha itu sedang dalam proses perbincangan sekarang…ianya lebih kepada perincian butiran. Hanya itu saja,” kata beliau.

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Lesen MyAirline digantung serta-merta
November 1, 2023· Isu semasa
Laporan polis dibuat pekerja MYAirline berhubung tunggakan gaji
November 1, 2023· Isu semasa
Polis tahan ahli perniagaan dalam siasatan kes syarikat penerbangan
October 23, 2023· Isu semasa
Popular
Cabaran dan peranan wanita berkerjaya semasa era pandemik
August 31, 2021
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok