Kenaikan harga beras turut dirasai negara lain: Mat Sabu

October 11, 2023 · Isu semasa

Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan kenaikan harga Beras Putih Import (BPI) turut dialami negara lain.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu menjelaskan harga pasaran bagi beras mengalami kenaikan sebanyak 60 peratus, malah negara pengeluar juga mengenakan sekatan eksport ke luar negara.

Sehingga kini, sebanyak 19 negara membataskan eksport ke luar negara untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri.

Sebagai contohnya, katanya, India mengenakan sekatan eksport beras mulai Julai lalu, seterusnya memberi kesan kepada kenaikan harga beras putih global.

“Keadaan ini diburukkan lagi dengan kemerosotan kadar tukaran asing Ringgit Malaysia (RM), berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Kenaikan harga beras ini bukan saja berlaku di negara ini tetapi turut dirasai secara global,” katanya melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Sementara itu, Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu berkata kerajaan campuran belum bercadang untuk menghapuskan monopoli Padiberas Nasional Berhad BERNAS) sebagai pengimport beras di negara ini.

Ujarnya, kementerian yakin dasar pengimport utama beras yang sedang dilaksanakan ketika ini adalah kaedah terbaik dalam menangani cabaran semasa dan mendatang.

Beliau berkata, dasar berkenaan adalah mekanisme utama yang memberikan keupayaan kepada negara untuk menghadapi cabaran ketidakstabilan harga beras antarabangsa.

“Ini kerana dasar pengimport utama adalah mekanisme ‘gate keeping’ yang berfungsi sebagai benteng bagi melindungi industri padi dan beras tempatan daripada terdedah kepada ketidaktentuan kedudukan pasaran antarabangsa.

“Berdasarkan perkara ini, sebarang keputusan mengenai perubahan dasar ini wajib mengambil kira kebajikan dan pendapatan pesawah, kestabilan dan jaminan bekalan makanan negara serta dasar semasa kementerian,” katanya lagi.

Beliau menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) mengenai bila kementerian akan menghapuskan monopoli BERNAS dan membenarkan lebih banyak pengimport beras di negara ini.

Berita berkaitan
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok