SPRM tahan empat individu bantu siasatan rasuah projek air Sarawak

October 11, 2023 · Isu semasa

Empat individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan berkaitan rasuah membabitkan dua projek pembekalan air berjumlah RM44.4 juta.

Menurut laporan BH yang memetik sumber, salah seorang yang ditahan tersebut merupakan adalah pengarah sebuah jabatan kerajaan yang mempunyai penglibatan dalam siasatan dijalankan SPRM.

Turut ditahan adalah seorang lagi penjawat awam, pemilik syarikat dan pengurus pelaburan amanah sekitar jam 7.30 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sarawak.

Difahamkan, mereka disyaki terbabit memberi dan menerima suapan bernilai jutaan ringgit termasuk dalam bentuk kenderaan dan kediaman.

Sumber berkata, suspek utama disyaki menerima suapan sejak 2018 – 2021 daripada pemilik syarikat sebagai balasan membantu syarikat tersebut mendapatkan dua projek membabitkan bekalan air.

“Pengurus pelaburan amanah pula ditangkap kerana disyaki menerima bayaran wang rasuah dan kediaman bagi pihak suspek utama.

“Semua suspek lelaki yang ditahan itu berusia antara 30 hingga 50-an,” katanya.

Dalam perkembangan itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semua suspek akan di bawa ke Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak pagi ini untuk permohonan reman.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Selepas 4 bulan jadi ADC PM, Ezanee mohon kembali bertugas bersama pasukan
April 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok