RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi

September 21, 2023 · Isu semasa

Syarikat berkaitan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low memindahkan £750,000 (RM4,093,500) ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak sekitar Jun 2014, mahkamah diberitahu.

Pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur syarikat tersebut, Blackrock Commodities (Global) Limited dikawal oleh Eric Tan Kim Loong yang juga sekutu rapat Jho Low.

Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Adam Ariff Mohd Roslan, 29, dalam keterangannya berkata, pada hari sama Blackrock menerima AS$1.89 juta daripada Affinity Equity, ia memindahkan £750,000 ke akaun Najib (berakhir-880, AmPrivate Banking – 1MY).

Saksi pendakwaan ke-47 itu yang merujuk kepada laporan jejak wang 1MDB dalam akaun Najib, berkata penyata dan rekod akaun bank beliau menunjukkan RM4,093,500 (£750,000) dikreditkan ke dalam akaun itu pada 23 Jun 2014.

Menurut saksi terbabit, sebelum jumlah wang ini diterima, baki terakhir dalam akaun bekas perdana menteri berjumlah RM100,000.

Saksi juga mengesahkan pelbagai dokumen yang melengkapkan pinjaman pertama yang dikeluarkan kepada 1MDB Energy Holdings Limited (1MEHL) berjumlah kira-kira AS$240 juta.

Ia membabitkan analisis terhadap jejak wang dalam dua akaun bank Najib bagi fasa keempat iaitu fasa ‘Options Buyback’ pada 23 Jun 2014, iaitu RM4.093 juta dikreditkan ke AmPrivate Banking – 1MY daripada akaun DBS Bank, Singapura atas nama Blackrock yang dikesan hasil pinjaman AS$250 juta daripada 1MEHL.

Adam Ariff memberikan keterangan terhadap Najib, 70, yang berdepan empat tuduhan menggunakan kedudukannya ketika itu untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
88 peratus pemberi rasuah bukan Melayu, kata Zuhdi petik kajian PhD
September 7, 2022
Seorang lelaki ditahan polis berhubung hantaran barang kemas pembantu PM
September 15, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok