Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia

September 14, 2023 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dimaklumkan oleh pasukan keselamatan Norway berhubung penahanan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia di Oslo, Norway kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengintipan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata PDRM akan meneliti setiap maklumat diterima dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya dalam membantu pasukan keselamatan negara itu menjalankan siasatan, menurut laporan Bernama.

“Saya telah diberi taklimat oleh Ketua Polis Negara (Tan Sri Razarudin Husain) tengah hari semalam berkenaan latar belakang kes itu, tapi kami masih lagi menunggu maklumat lengkap.

“Maksudnya pasukan keselamatan Norway telah memaklumkan pasukan keselamatan kita status individu berkenaan, latar belakang dan segala bukti-bukti yang mereka pilih untuk berkongsi dengan kita,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia 2023 hari ini.

Beliau berkata PDRM akan menggunakan kaedah yang bersesuaian dalam membantu siasatan kes itu bagi menjaga hubungan antara Malaysia dan Norway.

“Kami telah terima pemakluman, PDRM sedang jalankan penelitian, tentu kita akan gunakan seluruh kaedah sesuai dengan hubungan kedua negara ini. Ia sensitif dari sudut amalan pengintipan, polis masih lagi meneliti,” katanya.

Rabu lepas, Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm mengesahkan seorang lelaki dipercayai warganegara Malaysia telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengintipan di Norway.

Agensi media antarabangsa melaporkan seorang pelajar Malaysia berusia 25 tahun di Norway ditahan pihak berkuasa tempatan kerana didakwa mengintip termasuk mencuri dengar secara haram menerusi pelbagai peranti teknikal.

Menurut laporan itu, agensi perisikan polis Norway dikenali sebagai PST mendakwa lelaki berkenaan cuba mengintip pejabat perdana menteri, Kementerian Pertahanan dan pejabat kerajaan lain di Oslo.

PST memberitahu Norwegian Broadcasting (NRK) bahawa lelaki itu yang ditahan Jumaat lepas sudah didakwa di mahkamah berikutan tindakannya melakukan operasi pengintipan dan risikan terhadap negara berkenaan.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Larangan bertakbir semasa himpunan Palestin itu budi bicara penganjur: Saifuddin Nasution
October 24, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Harga barang naik, amalkan langkah bijak berbelanja
December 10, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok