Aktivis disiasat polis selepas pertikai PMX Islamkan pemuda India

August 22, 2023 · Isu semasa

Susulan tindakan mempertikai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengislamkan seorang pemuda beragama Hindu baru-baru ini, seorang aktivis masyarakat India disiasat pihak polis.

Arun Dorasamy disoal siasat polis Bukit Aman semalam berhubung video yang disiarkannya baru-baru ini, di mana beliau mengkritik tindakan Perdana Menteri sebagai tidak waja, serta tidak sejajar dengan garis panduan penukaran agama yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Difahamkan, Arun disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan berkaitan menghina dan menggugat ketenteraman awam, dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkaitan penyalahgunaan kemudahan internet.

Arun juga disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil yang berkaitan dengan “kelakuan menghina”.

Menurut peguam Rajesh Nagarajan yang menemani Arun, beliau dimaklumkan polis bahawa perkara itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Klip video Anwar yang dikongsi di media sosial menunjukkan beliau memegang tangan seorang pemuda India sambil membaca syahadah, atau pengisytiharan keimanan Islam, yang kemudiannya diulangi pemuda itu.

Susulan itu, ahli Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), sebuah pertubuhan yang menjalankan program untuk mualaf baru, berkata Anwar menunaikan permintaan spontan olehnya untuk melaksanakan proses pengislaman ketika melawat masjid Jamek Ar-Rahimiah di Klang Jumaat lepas.

Dalam respons lima minitnya dalam bahasa Tamil, Arun berkata beliau tidak menentang hak pemuda beragama Hindu itu yang mahu memeluk Islam.

Namun, katanya sebagai seorang ketua negara, tindakan Anwar itu tidak sensitif terutamanya kepada penganut agama Hindu di Malaysia.

Jelasnya, tindakan itu lebih bersifat “lakonan” susulan kehilangan sokongan orang Melayu dalam Pilihan Raya Negeri baru-baru ini.

“Tindakan seperti ini tidak perlu memandangkan pilihan raya sudah berakhir dan mereka (kerajaan) dikalahkan di tiga negeri.

“Langkah seterusnya mereka seharusnya ke arah meningkatkan ekonomi, meningkatkan peluang pekerjaan, mengurangkan harga barangan harian, dan menjadikan pendidikan lebih mudah diakses,” tambahnya.

Sambil berkata masyarakat India hanya termakan dengan janji kosong daripada kerajaan, Arun berikrar untuk berkempen secara peribadi di kalangan pengundi Hindu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai di Johor bulan depan.

“Jawapan untuk ini dapat dilihat semasa pilihan raya 9 September di Pulai, di mana 12.2% adalah pengundi India,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
KKM bangunkan sistem kumpul data kes bunuh diri
October 14, 2021
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok