Hukuman berat untuk si pendera!

September 9, 2022 · Isu semasa

Penderaan kanak-kanak berlaku dengan meluas dan kurang mendapat perhatian yang sepatutnya. Setiap hari, keselamatan dan kesejahteraan sebahagian kanak-kanak di seluruh negara terancam dengan pelbagai perilaku yang tidak berperikemanusiaan oleh golongan sepatutnya melindungi mereka.

Walaupun setiap masyarakat dan budaya mempunyai pandangan yang berbeza mengenai cara mendidik dan membesarkan anak, namun kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap penderaan kanak-kanak masih kurang.

Hakikatnya, kes penderaan, penganiayaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak memerlukan hukuman berat sekurang-kurangnya penjara yang dilihat setimpal dengan nasib malang menimpa golongan tidak berdaya itu.

Hukuman denda sahaja dilihat tidak memberi kesan tinggi kepada si pelaku yang melihat kesalahan mereka hanya sekadar boleh diganti dengan wang ringgit.

Malah, ia turut memberi impak kepada si pelapor atau pemberi maklumat tindakan mereka membantu mangsa penderaan apabila hukuman diberikan hanya sekadar denda.

Manurut pengamal dan aktivis undang-undang, Mahmud Jumaat, kanak-kanak tidak berdaya memerlukan masyarakat dan undang-undang untuk menjaga kepentingan mereka.

“Hukuman keras harus dijatuhkan kepada mereka yang dengan sengaja mendatangkan kemudaratan kepada kanak-kanak. Ini kerana hukuman itu mesti mencerminkan keseriusan kesalahan dan ia mesti menyampaikan kepada orang ramai lebih-lebih lagi, ibu bapa, penjaga dan pengasuh kanak-kanak, mahkamah tidak mengambil ringan dalam kes jenayah penderaan kanak-kanak,” katanya.

Mengulas lanjut, Mahmud berkata, hukuman tidak setimpal juga dilihat memberi kesan mendalam kepada pemberi maklumat atau ‘wisel blower’ yang menganggap tindakan mereka sia-sia.

Katanya, kes penderaan atau pengabaian kanak-kanak agak sukar untuk menunjukkan bukti yang jelas, apatah lagi tindakan pelaku secara terang-terangan melakukan perbuatan kejam golongan itu.

“Kebanyakan kes dera membabitkan kanak-kanak berlaku di dalam rumah. Hanya kesan lebam, parut dapat dilihat dengan mata kasar kesan penderaan itu.

“Jika hukuman tidak setimpal, sudah pasti menyebabkan pemberi maklumat kecewa kerana bersusah payah menyelamatkan nyawa tidak berdosa.

Selepas bayar denda, si pelaku boleh terus keluar dan berhadapan dengan si pelapor.

“Ini ditambah lagi menyebabkan tanggapan orang awam untuk tidak terus menjadi ‘mata dan telinga’ jika berlaku kes membabitkan kanak-kanak atas kekecewaan hukuman yang dikenakan ke atas pelapor,” katanya.

Hukuman berat seperti penjara seharusnya dijatuhkan kepada pelaku kerana ia mampu memberi kesan mendalam kepada orang ramai berkenaan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak itu.

Sementara itu, Mahmud berkata, dalam satu kes penderaan kanak-kanak, justifikasi kecederaan diletakkan secara umum iaitu kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Namun, jika kes pengabaian menunjukkan hukuman sama, situasi itu dilihat tidak adil sama sekali.

“Apabila berlaku penganiayaan seharusnya ia wajib dihukum penjara.

Hukuman keras ini supaya menjadi teladan orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya bertindak kejam terhadap golongan tidak berdaya ini.

“Ibu bapa, penjaga atau sesiapa tidak boleh menggunakan alasan mengajar anak, kerana kekerasan membawa kepada kes dera bukan normal untuk mengajar anak atau kanak-kanak di bawah jagaan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan keganasan sebagai salah satu kebimbangan utama manusia sejagat. Daripada kajian seperti Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai keganasan terhadap kanak-kanak, kita tahu kanak-kanak menghadapi keganasan dalam pelbagai situasi, termasuk di rumah dan di sekolah.

Ini mendedahkan mereka kepada bahaya fizikal, kecederaan dan kemudaratan psikologi. Semakin banyak bukti seperti kajian Kesan Buruk Pengalaman Zaman Kanak-Kanak atau Adverse Childhood Experiences – ACE, menunjukkan pendedahan kepada trauma ketika zaman kanak-kanak meningkatkan risiko merokok, obesiti, kemurungan, ketagihan dadah, penyakit jantung atau paru-paru dan kanser apabila dewasa.

Justeru, penting untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak jika kesejahteraan serta kesihatan keseluruhan masyarakat mahu diperbaiki.

Melindungi kanak-kanak daripada keganasan memerlukan pembabitan setiap individu dalam masyarakat. Kanak-kanak harus mendapat penjagaan terbaik dan perlindungan daripada keluarga mereka sendiri. Ibu bapa mempunyai peranan penting dalam menyediakan keperluan asas anak, mengasuh, membimbing dan melindungi mereka daripada bahaya.

Membesarkan anak satu tugas yang mencabar. Adakalanya orang dewasa berkelakuan tidak wajar dan membahayakan kanak-kanak. Ini berlaku disebabkan kejahilan, tekanan, harapan yang tidak realistik atau kurang kawalan terhadap tingkah laku mereka sendiri. Masalah mungkin terselindung kerana kanak-kanak sukar untuk menyuarakannya dan orang dewasa pula enggan mendedahkan permasalahannya.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Penganggur didenda RM3,000 selepas didapati bersalah calar kereta Alphard
December 27, 2023· Isu semasa
Pemandu langgar motosikal ditunggang empat beranak didenda RM6,000
December 13, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok