Mahkamah serah pasport sementara kepada Rosmah untuk Singapura

August 17, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor yang mahu mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan melawat anaknya, Nooryana Najwa Mohd Najib dan keluarga di Singapura.

Kebenaran pasport sementara kepada isteri Datuk Seri Najib Razak tersebut merupakan kali keempat diberikan pihak mahkamah.

Tiga panel hakim sebulat suara yang dipengerusikan oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin.

Rosmah memohon ke Singapura bermula esok sehingga 23 Ogos, 26 Ogos hingga 6 September dan 9 September hingga 31 Oktober ini.

Jumaat lepas, isteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan permohonan melalui Tetuan Akberdin & Co. pada Jumaat minggu lalu dan akan didengar di Mahkamah Rayuan esok.

Dalam afidavit yang ditunjukan kepada media, Rosmah telah memohon agar pasportnya dikembalikan pada tiga tarikh berasingan iaitu 18 hingga 23 Ogos, kemudian 26 Ogos hingga 6 September dan 9 September sehingga 31 Oktober depan.

Rosmah turut berkata, beliau akan pulang ke tanah air bagi menghadiri perbicaraan kes jenayahnya pada 24 dan 25 Ogos kemudian 7 dan 8 September depan.

Untuk makluman, anak perempuannya, Nooryana merupakan anak sulung Najib dan Rosmah telah berkahwin dengan seorang pemuda warganegara Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev dan menetap di Singapura.

Sebelum ini juga Rosmah pernah membuat permohonan sama pada hujung tahun lepas dan juga tahun ini Mac, semuanya telah diberikan kebenaran mahkamah tanpa sebarang bantahan.

Rosmah juga berkata sehingga ke hari ini dirinya tidak pernah gagal atau cuai untuk hadir ke mahkamah bagi mana-mana prosiding tanpa alasan munasabah.

Rosmah ketika ini sedang berdepan sabitan kes rasuah dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta yang dikenakan terhadapnya berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan, pengurusan kes seterusnya pada 18 September ini.

Beliau juga sedang berdepan dengan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Hampir sejuta tonton biawak ‘berpelukan’ di Pusat Penilaian Covid-19
July 28, 2021
88 peratus pemberi rasuah bukan Melayu, kata Zuhdi petik kajian PhD
September 7, 2022
KDN haramkan ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’ sejajar undang-undang
May 18, 2023
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok