PRN: PAS harap ramai keluar mengundi Sabtu ini

August 9, 2023 · Politik

PAS mengharapkan momentum peratusan keluar mengundi pada Sabtu ini dikekalkan seperti pengundian awal, semalam.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sempat memuji pengundi yang terlibat dalam pengundian awal semalam di mana kesemua enam negeri yang menjalankan pilihan raya mencatatkan peratusan keluar mengundi melebihi 90 peratus.

Jelasnya, Terengganu merekodkan bilangan keluar mengundi kedua tertinggi dengan 95.91 peratus selepas Kedah (96.02%).

“Syabas saya ucapkan buat semua anggota dan keluarga yang mengundi kerana kalian telah menjalankan tanggungjawab demi masa depan Malaysia tercinta.

“Diharapkan momentum ini akan diteruskan oleh semua pengundi di keenam-enam negeri pada 12 Ogos 2023, Sabtu ini,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan seramai 72,554 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera, polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan telah melaksanakan tanggungjawab di enam negeri itu.

Kedah mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi dengan 96.02% diikuti Terengganu 95.91%, Selangor 95.87%, Pulau Pinang 95.01%, Negeri Sembilan 94.05 peratus dan Kelantan 93.90%.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Popular
Jangan lupa DAP, PKR lebih banyak derhaka kepada Agong, Raja-Raja Melayu
August 4, 2021
Doa bagi saya lama sikit, kata PMX kepada rakyat
April 20, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ada hati menuding jari, kata Ahmad Fadhli kepada Zahid
May 12, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok