PKP3D: Petani, penternak, nelayan dibenar bekerja

May 23, 2021 · Isu semasa

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membuka semula bilik gerakan Pusat Pengurusan Krisis bagi memantau bekalan makanan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Diperketat (PKP3D).

Pada masa sama Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata kementeriannya sudah mendapatkan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menbolehkan petani, penternak dan nelayan terus bekerja seperti biasa sepanjang PKP3D bagi memastikan bekalan makanan tidak terputus.

Katanya, kementerian itu akan terus memastikan kelancaran rantaian bekalan dan sekuriti makanan negara sepanjang pelaksanaan PKP3D.

“Sektor pertanian dan industri makanan akan terus diletakkan sebagai satu perkhidmatan perlu dan dibenarkan beroperasi sepanjang masa dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ahli Parlimen Bluran itu berkata, kerajaan akan memastikan bekalan makanan utama seperti beras, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan terus berada pada tahap yang stabil dan mencukupi.

Pada masa sama beliau mengingatkan pekerja sektor pertanian serta pengusaha industri agromakanan supaya sentiasa mematuhi SOP dan menjaga keselamatan diri.

“Kerajaan akan terus memastikan kebajikan barisan hadapan sektor agromakanan ini dipelihara dan diberi keutamaan.

“Sistem pemantauan data dan isu bekalan harian (SITREP) seluruh negara yang dilaksanakan kementerian sejak PKP 1.0 akan terus menjana status semasa dan laporan ke atas lapan komoditi utama,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
1 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok