Tak ada salah Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf: Tok Mat

June 10, 2023 · Politik

Gesaan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menuntut DAP memohon maaf kepada parti itu tidak menjadi kesalahan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata langkah dibuat Pemuda UMNO itu satu perkara yang baik kerana menggesa DAP meminta maaf kerana mereka boleh melakukannya dengan rakyat dan kerajaan Sarawak.

“Saya bila diminta pandangan berkenaan dengan tuntutan permohonan maaf oleh Pemuda kepada DAP, saya kata tak ada salahnya. Itu adalah satu perkara baik. Jika DAP boleh membuat permohonan maaf kepada rakyat Sarawak, kerajaan Sarawak.. kalau boleh (minta maaf juga dengan UMNO).

“Kita menjadi rakan dalam Kerajaan Perpaduan ini, jadi ini (mohon maaf sedikit sebanyak membantu) untuk menghapuskan syak wasangka dan kesangsian antara satu sama lain.

“Ada yang kata benda ini tak ada perlunya, kerana masing-masing ada penilaian. Tapi yang kita tak mahu isu ini jadi punca kepada keretakan Kerajaan Perpaduan,” katanya dipetik laporan BH.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ketika menyampaikan ucapan dasar ketua sayap itu kelmarin menggesa supaya DAP memohon maaf kepada ahli UMNO atas tohmahan yang mereka sampaikan kepada parti itu sebelum ini.

Namun, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam kenyataan balas sebaliknya meminta Pemuda UMNO berhenti mengungkit kisah lalu dan fokus untuk memperkukuhkan kerajaan campuran.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok