Anwar atas pentas PAU, perwakilan dalam dewan laung ‘bebas Najib’

June 9, 2023 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan penghormatan untuk duduk atas pentas utama bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pagi ini.

Buat julung kalinya, Presiden PKR itu menghadiri PAU sejak dipecat UMNO pada 1998 lalu dengan menerima sambutan karpet merah disediakan anak muridnya, Zahid pagi ini menuju masuk ke Dewan Merdeka tempat berhimpun ahli-ahli UMNO.

Anwar juga dilihat mengibarkan bendera UMNO semasa berada atas pentas ketika lagu rasmi parti itu berkumandang dalam dewan tersebut.

Ketika Zahid berucap menyentuh mengenai nasib bekas presiden, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara atas pertuduhan rasuah, perwakilan UMNO dalam dewan melaungkan “bebas Bossku” berkali-kali.

Zahid dalam ucapannya berkata parti itu akan tetap memperjuangkan nasib Najib dan memberi keadilan kepada bekas perdana menteri itu.

“Kita mahukan keadilan untuk Najib. Kita mahu keadilan diberikan kepada beliau sebagai seorang manusia,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar.

Semasa ucapan tersebut juga, video anak sulung Najib, Datuk Mohd Nizar ditayangkan kepada perwakilan dengan menegaskan bapanya menyokong UMNO untuk kekal bersama kerajaan campuran dipimpin Anwar.

Nizar juga menafikan spekulasi mengatakan bapanya tidak berpuas hati dengan kerajaan campuran dan menggesa ahli-ahli UMNO untuk kekal menyokong Zahid sebagai Presiden parti itu.

Sementara itu semasa ucapan dasar, Zahid berkata UMNO tetap mempertahankan empat perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang turut termasuk berkaitan institusi Raja-Raja Melayu walaupun kini berada dalam kerajaan campuran yang terdapat DAP bersama

Keadaan itu, katanya, berbeza dengan golongan yang sanggup memperdagangkan ayat Allah dan berselindung di sebalik kepentingan politik sempit mereka.

“Mereka adalah mengkarung politik yang bukan sahaja berubah warna dan wajah, tetapi lebih dahsyat parti ini seolah-olah menjadi pemegang neraca di ‘yaumul mahsyar’…Nauzubillah,” katanya.

Perhimpunan itu turut dihadiri Presiden PKR, Anwar; Setiausaha Agung Sekretariat Kerajaan Perpaduan merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong serta Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran.

Hadir sama, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu; Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok