Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama

June 7, 2023 · Politik

Tiada sebab untuk UMNO tidak boleh bersama dengan DAP dalam kerajaan campuran sekarang ini, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu mempertahankan keputusan untuk bekerjasama dan menjadi rakan politik dengan DAP walaupun sebelum ini pernah mengeluarkan pendirian “No Anwar, No DAP” semasa Perhimpunan Agung (PAU) yang lepas.

“Malah mereka menghormati itu perjuangan UMNO kerana terdapat dalam Perlembagaan UMNO bahawa keempat-empat unsur ini wajib dipertahankan dan mereka bersetuju.

“Saya tidak nampak ada permasalahan kononnya kita terpaksa menggadai maruah dan sebagainya, sebab PAS (pernah) bersama dengan DAP dah lama. Kenapa PAS boleh, bila kita (UMNO) buat kononnya kita ini menggadai Islam dan Melayu,” katanya dipetik laporan BH.

Zahid berkata demikian selepas sesi Taklimat Presiden yang diadakan secara tertutup sempena PAU 2023 hari ini.

Untuk rekod, pada Mac 2021 lalu, Zahid semasa berucap pada PAU 2020 membuat pendirian menolak kerjasama dengan DAP dan tidak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Zahid juga mendakwa PAS sebelum itu telah melakukan ‘perkahwinan mutaah’ politik beberapa kali dengan pelbagai parti, termasuk DAP.

Menjelas mengenai taklimat yang diadakan semalam, Zahid berkata, semua perwakilan UMNO yang hadir diingatkan mengenai beberapa aspek, terutamanya realiti baharu politik tanah air ketika ini.

Katanya, walaupun UMNO menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, parti itu tidak dominan dan itu hakikat yang harus diakui.

“Enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang menuntut kerja kuat kita dan harus membuktikan mana-mana kerusi yang dimuktamadkan untuk diberikan kepada Barisan Nasional (BN) hendaklah kita menang, tidak ada makna kalau kita merasa kuat tapi sebenarnya keberhasilannya kurang,” katanya

Beliau berkata, ahli UMNO harus sedar pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, undi yang diterima parti itu cuma berada sekitar 23 peratus

“Kerusi yang kita peroleh cuma sekitar 11 peratus sahaja. Dua kali kita kecundang, dalam PRU-14 dan PRU-15.

“Kita harus bangkit untuk bangkit. Kita harus perbetulkan kelemahan kelemahan kita,” katanya.

Zahid berkata, masalah yang dihadapi UMNO ketika mendepani kedua-dua PRU itu kerana mereka melayani titik-titik perbezaan.

“Kali ini kita mesti mencari titik persamaan dan kita harus bergerak ke hadapan. Dalam BN, kita ada MCA dan MIC, dalam PH ada DAP, di situ yang kita harus lihat ialah bagaimana kebersamaan di antara BN dengan PH,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
PN calonkan bekas Ahli Parlimen UMNO sebagai Speaker Parlimen
December 13, 2022
Nazri bidas Zahid jangan memandai-mandai buat keputusan bersendirian
June 21, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok