China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo

June 4, 2023 · Isu semasa

Ahli perniagaan dalam pelarian, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low mungkin tidak dibenarkan pulang bagi berdepan pendakwaan di Malaysia.

Pendedah maklumat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Xavier Justo berkata Jho Low tiada tempat lain untuk tinggal selain China.

“Dia mungkin di China. Saya fikir tiada tempat yang lain yang dia boleh tinggal. Jika dia tinggalkan China, dia akan ditahan di hampir semua negara (yang dia pergi).

“Dia seharusnya berada di Malaysia, dihukum di Malaysia. Tetapi saya tak lihat kenapa China akan membenarkannya tinggalkan negara itu. Untuk membuatkan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) gembira dan demi kebaikan Malaysia?

“Saya tak fikir mereka akan benarkan seorang ahli perniagaan yang membuat urus niaga utama dengan eksekutif peringkat tinggi China untuk pulang ke Malaysia dan dedahkan apa yang dia lakukan di sana. Tiada sebab untuk menjustifikasikannya. Tapi saya harap saya silap,” katanya kepada pemberita di sebuah forum semalam, lapor Malaysiakini.

Sebelum ini Al Jazeera yang memetik seorang jurucakap SPRM berkata Jho Low dan beberapa individu yang dikehendaki berhubung skandal 1MDB itu kini berada di Macau, China.

Sementara pengarang bersama buku skandal 1MDB, Bradley Hope pula yakin Jho Low kini diletakkan dalam tahanan rumah di Shanghai.

Notis Merah terhadap Jho Low dilulus dan dikeluarkan oleh Interpol pada 2018.

Justo meninggalkan Petrosaudi International pada 2011, dua tahun selepas syarikat itu menerima SS$1 bilion daripada usaha sama dengan 1MDB.

Ketika itu, dia turut menambil salinan emel yang disifatkannya sebagai “insurans”.

Dia kemudian memberikan maklumat dalam emel tersebut kepada editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown dan seorang tokoh media di Malaysia selepas Petrosaudi gagal membayar AS$2 juta (RM9 juta) yang didakwanya sebagai tunggakan miliknya.

Dia dipenjarakan di Thailand pada Ogos 2015 selepas dilaporkan mengaku ke atas pendakwaan mengugut Petrosaudi. Jenayah itu didakwa dilakukan pada 2013.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
3 jam lalu· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok