Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M

June 2, 2023 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan kesediaan untuk kembali menjalin kerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Presiden Bersatu itu, beliau sedia bekerjasama dengan mana-mana tokoh Melayu Islam demi membela agama, bangsa dan negara.

“Saya menyambut baik kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedia bekerjasama dengan saya demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.

“Maka sebagai seorang Muslim, saya secara peribadi bersedia untuk bekerjasama dengan semua tokoh Melayu dan Islam termasuk Tun Dr Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir yang kini menggerakkan Proklamasi Orang Melayu dilaporkan sudah bersedia untuk bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat sama setelah lebih tahun bermusuhan.

Sementara itu Muhyiddin berkata kesediaan itu susulan menyedari perkembangan politik mutakhir ini yang meletakkan Melayu dan Islam di negara ini di suatu persimpangan yang getir.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kesediaan bekas perdana menteri itu membuktikan Bersatu dan PN adalah alternatif kepada UMNO.

Menurut Hamzah Bersatu sedia menerima dan bekerjasama dengan mana-mana pemimpin politik yang mencari platform perjuangan untuk orang Melayu, termasuk Dr Mahathir.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
21 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok