Tawaran sertai kerajaan, Hamzah kata PN akan sentiasa bersama

May 31, 2023 · Politik

“Kita (Bersatu, PAS dan Gerakana) dalam Perikatan Nasional (PN) akan sentiasa bersama,” demikian reaksi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika mengulas soal tawaran menyertai kerajaan campuran terhadap parti rakannya.

Menurutnya, PAS ada memaklumkan kepada pucuk pimpinan PN berkait tawaran yang diterima daripada wakil kerajaan tersebut.

“Pimpinan PN senyum sahaja sebab keputusan yang kita buat adalah mempertahankan ideologi dan apa yang selama ini kita bawa,” katanya, lapor FMT.

Sebelum ini, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan terdapat wakil kerajaan yang menawarkan partinya untuk menyertai kerajaan campuran BN-PH.

Pendedahan itu turut disahkan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin.

Namun, ketua kerajaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim  serta timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan itu.

Dalam pada itu, menyentuh soal pilihan raya negeri (PRN), Hamzah berkata rundingan agihan kerusi gabungannya itu sudah 90% selesai

“Sudah sampai penghujungnya…di Selangor dan Kedah, ada satu, dua lagi kerusi yang kita nak muktamadkan. Di Negeri Sembilan, tidak banyak kerusi lagi. 90% telah pun kita selesaikan,” katanya.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Pengundi sudah matang: Hamzah
October 17, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok