Ringgit kekal momentum kejatuhan diheret sentimen pelabur di AS

May 31, 2023 · Isu semasa

Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu ketika pelabur terus berhati-hati menjelang undian mengenai had siling hutang negara maju itu lewat hari ini.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kemelut berkaitan had paras hutang AS itu kekal ketara berikutan terdapat segelintir anggota Republikan Kongres itu yang tidak bersetuju dengan persetujuan berkaitannya, menurut laporan Bernama.

Sehubungan itu, beliau berkata risiko mengenai kemungkinan penangguhan dalam mencapai keputusan terbabit sememangnya tidak boleh dinafikan.

Pada 6 petang, ringgit susut ke paras 4.6105/6155 berbanding dolar AS daripada 4.6005/6045 pada akhir urus niaga semalam.

Mohd Afzanizam berkata susulan isu itu, kalangan penggiat pasaran pertukaran asing lebih bersikap untuk bertahan atau enggan mengambil sebarang tindakan yang hanya meningkatkan lagi permintaan terhadap dolar AS.

“Oleh itu, proses undian Kongres AS itu pada lewat hari ini akan menjadi tumpuan ramai kerana menentukan sama ada kemelut ini benar-benar dapat berakhir,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga percaya gandingan dolar AS/ringgit berkemungkinan kekal di paras RM4.60 berikutan ketiadaan petunjuk jelas mengenai hasil undian tersebut.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain pada akhir urus niaga hari ini.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6986/7048 daripada 5.7129/7179 semalam, mengukuh berbanding euro pada 4.9208/9261 daripada 4.9327/9369 namun susut berbanding yen Jepun kepada 3.2951/2989 daripada 3.2821/2852.

Namun, ringgit sebaliknya diniagakan lebih rendah berbanding mata wang Asean lain.

Unit tempatan itu rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 307.4/307.9 daripada 306.9/307.4; susut berbanding baht Thailand pada 13.2440/2641 daripada 13.2251/2427 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.20/8.22 daripada 8.16/8.17.

Ringgit bagaimanapun mendatar berbanding dolar Singapura pada 3.4036/4075 daripada 3.4035/4070, sebelum ini.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
15 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok