Tak ada parti dalam kerajaan campuran percaya dengan PAS: Zahid

May 30, 2023 · Politik

Dakwaan PAS kononnya terdapat tawaran untuk menyertai kerajaan campuran disifatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai tidak benar dan hanya cerita kosong.

Presiden UMNO itu berkata tidak ada tawaran dibuat kepada PAS untuk bersama dalam kerajaan campuran kerana tidak ada parti dalam gabungan itu yang percaya kepada mereka dan isu itu tidak pernah dibincangkan.

“Perkara berkenaan tidak pernah diperbincangkan secara rasmi dalam kalangan 9 pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak juga pernah dibincangkan dikalangan pengerusi gabungan parti.

“Jika ada pun yang mendakwa bertemu pemimpin atau lapisan kepemimpinan parti berkenaan itu kami tidak pernah menganggap sebagai satu perjumpaan rasmi dan tidak ada satu move (langkah) dibuat ke arah itu,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Zahid yang juga Presiden UMNO, berkata berdasarkan pengalaman sebelum ini tidak ada parti dalam kerajaan akan mempercayai PAS dan janji parti itu.

“Apapun dakwaan atau kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang perasan kononnya mereka sangat-sangat diperlukan, yang penting adalah mereka harus memperlihatkan dalam perbahasan di Dewan Rakyat yang sedang bersidang.

“Atau perbahasan ketika akta tertentu dibentangkan atau dalam sidang akan datang sewaktu pembentangan kajian separuh penggal
Rancangan Malaysia Ke-12 atau pembentangan Belanjawan pada Oktober ini, buktikan dahulu,” katanya lagi.

Beliau secara peribadi turut memaklumkan sudah serik dengan PAS.

“Mereka (PAS ) sudah berkahwin secara mutaah dalam bidang politik ertinya kahwin sementara dan setakat ini tidak ada parti di kalangan kami yang percaya sebab mereka tidak mengotakan janji mereka, ikrar dan piagam yang sudah dipersetujukan bersama.

“Saya fikir buat sementara waktu ini kita lupakanlah soal itu,” katanya.

Sabtu lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ada tawaran daripada kerajaan untuk PAS bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.

Katanya, tawaran itu dibuat kerana PH khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti berkenaan tidak sebanyak PAS.

Semalam pula, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan perkara sama dengan mendedahkan ada pihak menemui beliau mengemukakan tawaran itu.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
6 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok