KJ bakal putuskan segera tawaran Muhyiddin

May 25, 2023 · Politik

Bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin memberitahu beliau bakal memberi respons terhadap tawaran yang dibuat oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada masa terdekat.

Kata bekas menteri kesihatan itu, tidak adil jika beliau terus membuat mana-mana pihak menunggu lama.

“Oleh itu, pada masa akan datang saya akan menyampaikan keputusan saya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya selepas program Designing the Future bertajuk What’s Next For Malaysia yang diadakan di UCSI University Campus Kuala Lumpur, hari ini.

Sebelum ini, Muhyiddin menawarkan bekas menteri belia dan sukan itu untuk menyertai Bersatu dengan jawatan sebagai ahli MPT Bersatu namun Khairy maminta diberi masa untuk mempertimbangkan tawaran tersebut.

Jelasnya, tawaran itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan Khairy memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu, selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.

Semalam, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta agar Khairy tidak mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan berkait tawaran itu.

Untuk rekod, Khairy sebelum ini dipecat UMNO sebelum berlangsung pemilihan parti kerana hasratnya untuk bertanding melawan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Tohmahan dibuat untuk tutup kepincangan isu lantik anak jadi penasihat: Muhyiddin
February 9, 2023
Anwar kata tak peduli jika tindakan dianggap bermotif politik: Laporan
March 11, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Bersatu, PAS bincang strategi hadapi PRU15
April 4, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok