Disaman syarikat barang kemas Lubnan, Rosmah perlu jawab dalam 3 minggu

May 12, 2023 · Isu semasa

Datin Seri Rosmah Mansor hari ini diperintah mengemukakan jawapan dalam tempoh tiga minggu bagi tuntutan saman yang dikemukakan syarikat pemborong barangan kemas dari Lubnan, Global Royalty Trading SA (Global Royalty), lapor BH.

Global Royalty dalam saman difailkan itu menuntut AS$14.57 juta atas dakwaan Rosmah, 72 melanggar kontrak berhubung kehilangan 43 barang kemas kepunyaan syarikat tersebut yang diserahkan kepadanya, lima tahun lalu.

Peguam Global Royalty, David Gurupatham berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Rini Triany Muhamad Ali mengarahkan isteri bekas perdana menteri itu memfailkan pernyataan pembelaan pada atau sebelum 2 Jun ini dan 7 Jun ini bagi pengurusan kes.

Global Royalty memfailkan saman itu pada 29 Mac lalu dengan mendakwa Rosmah berbohong mengatakan barangan kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara  yang diserahkan ejen syarikat kepadanya itu dirampas pihak berkuasa Malaysia ini

Rampasan itu untuk kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Menurut syarikat itu, hanya satu daripada 44 barang kemas berkenaan berada dalam simpanan dan kawalan polis manakala bakinya tidak disimpan pihak berkuasa.

Menurut syarikat itu, Rosmah gagal dan cuai memulangkan barangan kemas terbabit yang diserahkan kepadanya pada 10 Februari 2018.

“Berdasarkan surat aku janji ditandatangani bertarikh 22 Mei 2018, beliau mengakui ia berada dalam simpanannya dan kemudian disita Kerajaan Malaysia.

“Bagaimanapun dalam usaha syarikat untuk mendapatkan semula barangan itu, hanya satu daripada 44 barang kemas dikenal pasti dan diambil semula oleh wakil yang dilantik plaintif, iaitu gelang berlian bertatahkan permata zamrud.

“Oleh itu menjadi kewajipan defendan untuk menyimpan dan menjaga kesemua barang kemas itu dengan baik serta bertanggungjawab terhadap keselamatannya,” katanya.

Global Royalty mendakwa Rosmah memperdayakannya dengan mengalihkan beban kepada Kerajaan Malaysia sedangkan barang kemas itu sebenarnya sudah hilang, sekali gus beliau perlu bertanggungjawab untuk menanggung kerugiannya.

Syarikat itu memfailkan saman kali pertama terhadap Rosmah pada 26 Jun 2018 dan menuntutnya memulangkan kembali atau membayar harga untuk semua barangan kemas berkenaan berjumlah AS$14.79 juta.

Bagaimanapun, Global Royalty menarik balik tuntutan itu pada 2019 kerana perlu mengesahkan sekiranya 44 barangan kemas itu berada di Bank Negara Malaysia (BNM) atau sebaliknya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Kes bunuh diri meningkat petanda rakyat semakin terdesak?
June 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok