Jika gagal tunai janji, Anwar adalah PM paling teruk: SUARAM

April 27, 2023 · Politik

Pertubuhan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menggesa supaya kerajaan campuran menunaikan janji reformasi yang diwar-warkan selama ini.

SUARAM menuntut supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua kerajaan campuran membuat pembaharuan sistem yang diperjuangkan selama ini dan jika gagal melaksanakannya, beliau akan dilihat sebagai Perdana Menteri paling teruk.

“Jadi, sebagai bekas mangsa, (dan dikenali sebagai) Bapa Reformasi, harapan itu (tinggi).

“… apa yang kita nak lihat antara menteri sebelum ini dan perdana menteri sekarang, saya nak kata Anwar adalah pilihan yang lebih baik berbanding PM sebelum ini, kerana agenda reformasi dan latar belakangnya.

“Tetapi dengan latar belakang itu, jika dia gagal melaksanakannya, dia akan menjadi perdana menteri yang paling teruk. Kerana perdana menteri sebelum ini tidak banyak memberikan janji dari segi reformasi dan semua itu,” kata Pengarah Eksekutifnya, Sevan Doraisamy yang dipetik laporan Malaysiakini.

NGO tersebut terdahulu melancarkan Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia SUARAM 2022 hari ini.

Sevan juga berkata kerajaan lambat dalam memperkenalkan dasar berkaitan melindungi hak asasi manusia dan mempersoalkan tekad politik kerajaan untuk mengubah undang-undang zalim dan kuno di negara ini.

Jelasnya, mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada Anwar, yang telah menjadi mangsa kezaliman polis dan mangsa penahanan tanpa bicara, untuk melakukan sesuatu sekarang ketia dia mempunyai kuasa.

Menurut Sevan, Anwar sepatutnya menjadi pemimpin yang boleh dicontohi dalam memperkenalkan reformasi ke dalam agenda negara terutama dari segi undang-undang yang tidak baik, penahanan tanpa bicara dan penyeksaan dalam tahanan.

Tambahnya, ramai daripada anggota kabinet ketika ini juga merupakan sebahagian daripada kumpulan pembela hak asasi semasa mereka menjadi pembangkang.

“Mesej terakhir yang kami dapat dalam media ialah reformasi itu masih belum berada dalam senarai undang-undang yang ingin dipinda oleh kerajaan,” tegasnya.

Antara undang-undang yang dirujuk oleh Sevan dan Suaram termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Pencegahan Jenayah, Akta Pencegahan Keganasan, dan Akta Dadah Berbahaya, yang masih mempunyai klausa yang memberikan kuasa untuk menahan suspek dalam tempoh yang panjang tanpa perlu mendakwa mereka di mahkamah.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok