Neelofa, keluarga berdepan rakyat Malaysia: Petisyen dilancar di change.org

May 20, 2021 · Isu semasa

Sesudah empat kali berdepan undang-undang negara, selebriti yang kini terkenal dengan ‘kedegilan’, Neelofa dan suaminya seorang yang bergelar Pencetus Ummah – PU Riz – kini berdepan dengan rakyat Malaysia yang melancarkan petisyen mendesak kedua-duanya dipenjarakan sebagai pengajaran untuk mereka.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail pagi tadi didakwa di Mahkamah Majistret Seremban dan membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Neelofa dibenarkan diikat jamin RM5,000 manakala PU Riz yang berdepan dua pertuduhan dikenakan ikat jamin RM10,000.

Setelah jemu dengan kerenah Neelofa dan suaminya, rakyat Malaysia kini menandatangani petisyen mendesak kedua-duanya dipenjarakan.

Mengariskan empat kesalahan kedua-duanya, petisyen itu ditujukan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurut petisyen di dalam https://www.change.org/ Neelofa adalah selebriti yang telah banyak kali melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan menidakkan undang-undang dalam usaha negara menangani pandemik Covid-19.

Kesalahan-kesalahan telah dilakukan tanpa serik menyebabkan wujudnya undang-undang yang ‘double standard’ dikenakan terhadap beliau.

Petisyen itu menggariskan kesalahan-kesalahan melanggar SOP yang telah Neelofa dan keluarganya lakukan iaitu:

1. Majlis Perkahwinan Neelofa & PU Riz di Grand Hyatt – Mac 2021 (tindakan telah diambil)

2. Honeymoom di Langkawi – Mac 2021 (tiada tindakan undang-undang diambil)

3. Rentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan tanpa sebab kukuh, sebaliknya ke kedai carpet – Mei 2021 (tiada tindakan undang-undang dikenakan)

4. Neelofa dan seluruh ahli keluarga berkumpul di rumah ketika hari raya Aidilfitri – Mei 2021 (langgar SOP Aidilfitri, tiada tindakan undang-undang diambil)

“Berdasarkan kesalahan-kesalahan berulang ini, kami desak Kerajaan Malaysia & Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk Neelofa segera dipenjarakan tanpa kompromi sebagai isyarat jelas kepada Kerajaan untuk tidak amalkan undang-undang double standard kepada VVIP & orang kenamaan!,” kata petisyen itu.

Setakat ini, lebih 21,416 individu sudh menandatangani petisyen berkenaan.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
1 jam lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
1 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok