Kekal sihat walaupun beraya

April 21, 2023 · Isu semasa

Setelah sebulan menahan lapar pada bulan Ramadan, pastinya Aidilfitri ditunggu-tunggu untuk menikmati pelbagai juadah.

Namun perlu diingatkan, dalam keghairahan kita menikmati juadah raya, jangan lupa untuk menjaga pemakanan.

Menurut Pakar Perubatan, Hospital Pakar KPJ Batu Pahat, Dr Shaharuddin Che Kadir,pemilihan jenis dan kuantiti makanan mengikut keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian merupakan tips yang paling penting terutamanya bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

“Dalam pengambilan makananan perlu diingatkan sajian yang diambil perlu memenuh diet seimbang dan kuantiti yang sederhana. Elakkan mengambil makanan yang berminyak, berlemak tinggi, manis dan masin secara berlebihan dan sebaliknya cuba lebihkan pengambilan sayur-sayuran.” nasihat Dr Shaharuddin.

Tambah Dr Shaharuddin, ambil makanan pada waktu yang teratur dan elakkan pengambilan makanan yang berkanji dalam jumlah yang banyak pada satu masa yang sama.

Menurut Dr Shaharuddin,  pengambil tiga hidangan wajib setiap hari iaitu sarapan pagi, tengah hari dan makan malam. Kegagalan mengambil tiga hidangan mengikut waktu akan menyebabkan kita lebih lapar dan menyebabkan pengambilan makanan yang berlebihan.

Selain itu, makanan yang biasa dihidangkan semasa hari raya berasaskan pelbagai jenis daging, baik daging lembu, kambing, dan daging ayam.

Dr Shaharuddin juga mengingatkan supaya mengurangkan pengambilan daging yang berlemak terutamanya daging merah yang mengandungi lemak tepu yang tinggi.

“Pengambilan daging tidak dilarang, cuma perlu bijak mengmbil cara untuk mengawal lemak yang terdapat dalam masakan daging. Sebagai contohnya, jika anda makan ayam, cuba memilih bahagian dada berbanding paha atau sayap, kerana bahagian dada biasanya lebih rendah kandungan lemaknya dan juga cuba elakkan makan bahagian kulitnya yang biasanya tersimpan lemak.

“Sirap dan soda merupakan minuman kegemaran pada musim Hari Raya Aidilfitri, namun perlu diingatkan supaya tidak mengambil minuman manis berulang kali dan berlebihan.

“Satu sudu makan sirap mengandungi 10 gram gula pasir dan soda pun tidak jauh bezanya kerana setiap bahagiannya mengandungi pemanis tiruan sebagai pengganti gula. Hadkan minuman tersebut untuk mencegah anda menambah kalori tanpa sedar,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Shaharuddin juga menggalakan untuk tingkatkan tahap senaman dalam musim perayaan ini.

Selepas sebulan mengurangkan aktiviti fizikal dan senaman yang ketat, permulaan Aidilfitri adalah masa terbaik untuk mendapatkan kembali momentum anda untuk bersenam.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik
November 1, 2023· Isu semasa
Hadi dibenar keluar hospital, berehat di rumah
July 2, 2023· Politik
Orang kuat PKR doakan kematian Hadi, Dr Mahathir: Laporan
July 1, 2023· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Harga barang naik, amalkan langkah bijak berbelanja
December 10, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok