Kadar kejatuhan ringgit menghampiri paras Krisis Kewangan Asia

March 29, 2023 · Isu semasa

Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menolak kebimbangan kejatuhan nilai ringgit yang berterusan akan memberi implikasi teruk kepada negara pada tahun ini.

Kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar AS menghampiri paras ketika Krisis Kewangan Asia sehinggakan terdapat desakan agar ringgit ditambat bagi mengelaknya terus susut, menurut Laporan Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2022 yang dikeluarkan hari ini.

Bank pusat itu berkata tempoh penurunan nilai berterusan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2022 susulan tindakan Rizab Persekutuan AS menaikkan dasar kadar faedah secara agresif sebanyak 425 mata asas bagi menangani inflasi, menurut laporan Bernama.

Dalam Laporan Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2022 yang dikeluarkan hari ini, bank pusat itu berkata penurunan nilai tersebut turut dialami mata wang utama lain berbanding dolar AS.

Paras tertinggi kadar intra harian ringgit pada 4 Nov, 2022 adalah pada 4.7495 berbanding paras tertinggi kadar intra harian 7 Jan, 1998 pada 4.8850.

“Walaupun pergerakan kecil dalam kadar pertukaran ringgit adalah perkara biasa, turun naik yang besar dalam paras ringgit (sebaliknya) boleh memberi kesan berkekalan pada perniagaan, isi rumah dan ekonomi.

“Penurunan nilai ringgit turut merugikan individu yang menggunakan barangan dan perkhidmatan import dan jika ini berterusan, ia boleh menyebabkan kenaikan kos sara hidup secara keseluruhan.

“Pada masa sama, nilai ringgit yang lemah boleh meningkatkan pendapatan pengeksport,” kata laporan itu.

Bagaimanapun, BNM berkata walaupun ringgit mengalami penurunan nilai secara mendadak berbanding dengan dolar AS, kadar pertukaran efektif nominal (NEER) Malaysia secara relatifnya adalah stabil.

Ini berikutan mata wang rakan dagangan utama turut sama terjejas seperti ringgit dan daya saing relatif Malaysia kekal tidak berubah pada negatif 5.4 peratus bagi 2022.

“Meskipun terdapat kejutan luaran yang besar dalam bentuk pelarasan kadar faedah yang pantas serta ketara di AS yang menyebabkan kepesatan penambahan nilai dolar AS berbanding kebanyakan mata wang, daya saing Malaysia secara relatifnya tidak terjejas.

“Ekonomi dalam negara kekal di landasan pemulihan dengan mencatat kadar pertumbuhan sebanyak 8.7 peratus bagi tahun itu,” katanya.

BNM juga mengingatkan bahawa rejim kadar pertukaran Malaysia yang fleksibel dan turun naik ringgit juga adalah sesuatu yang dijangka berlaku dari semasa ke semasa.

Malah, berikutan cabaran dalam ekonomi global yang terus berubah, perkembangan dolar AS berkemungkinan akan terus menjadi faktor utama dari segi kesan terhadap kadar pertukaran ringgit.

“Sistem kewangan negara telah bertahan dengan baik sepanjang tempoh ini dan terus memudahkan pengantaraan untuk menyokong ekonomi yang lebih luas,” katanya.

Bank pusat itu berkata susulan pelbagai peristiwa pada 2022, ia akan terus memantau perkembangan secara proaktif dan memastikan ekonomi negara terus didukung oleh rejim kadar pertukaran yang menyokong mandat ditetapkan.

“Ini bagi mencapai kestabilan monetari dan kewangan yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
11 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok