Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke

March 20, 2023 · Isu semasa

Sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan awam khususnya di bawah Prasarana Malaysia Bhd selain daripada penggunaan Touch ‘n Go (TnG), akan dilaksanakan dalam masa beberapa bulan lagi, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Loke menjelaskan kerajaan tidak berniat untuk menghapuskan penggunaan TnG, sebaliknya sistem pembayaran terbuka akan membolehkan pengguna menggunakan kad kredit atau debit sebagai pembayaran untuk menggunakan pengangkutan awam selain kad Touch ‘n Go.

“Ini untuk memberi pilihan kepada pengguna selain menggunakan Touch ‘n Go,” katanya menurut laporan Bernama.

Loke mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim semalam mengenai monopoli Touch ‘n Go yang mungkin ditimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan Plaza Premium Lounge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini, Loke berkata kenyataan perdana menteri itu bukan bermaksud perkhidmatan Touch ‘n Go ditamatkan.

“Kita bukan nak tamatkan Touch ‘n Go, jangan kata macam kita nak bunuh Touch ‘n Go. Cuma Touch ‘n Go akan menjadi salah satu (pembayaran) daripada satu-satunya sekarang,” katanya dan menambah pengguna juga merungut kerana tidak diberi pilihan dalam pembayaran untuk pengangkutan awam dan lebuh raya.

Loke berkata perdana menteri telah memberi arahan supaya perkara itu dibincangkan dalam Kabinet dan ia memerlukan penyelesaian segera supaya membuka ruang kepada sistem pembayaran yang lain.

Untuk pengangkutan awam, katanya beliau telah mengarahkan agensi termasuk operator di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mengaplikasikan sistem pembayaran terbuka.

Loke berkata Prasarana telah diarah melaksanakan sistem pembayaran terbuka dan mereka memerlukan masa untuk mengintegrasikan sistem.

Sistem pengangkutan awam di bawah Prasarana termasuklah perkhidmatan bas, Transit Aliran Ringan (LRT), dan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT).

Berita berkaitan
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023· Isu semasa
MYAirline henti operasi serta-merta, berdepan tekanan kewangan
October 12, 2023· Isu semasa
DAP yakin pengundi Cina sokong calon UMNO di Pelangai: Loke
October 5, 2023· Politik
Bekas ADUN DAP dilantik Speaker Selangor, tuntutan kepada UMNO ditunai
September 19, 2023· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021
RM155 juta dilesapkan Macau Scam
June 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
9 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok