MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor

March 16, 2023 · Politik

Pemuda PAS Selangor menggesa agar Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari supaya mengambil cuti sementara bagi memastikan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjalan sehingga selesai.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Haniff Jamaluddin berkata SPRM sedang menyiasat Amiruddin berhubung isu projek rundingan terus bernilai RM700 juta dan sewajarnya bercuti bagi memboleh siasatan dapat dijalankan secara adil dan bebas.

“Menteri Besar Selangor digesa mengambil cuti sementara menunggu siasatan salah guna kuasa dan konflik berkepentingan dengan menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Besar bagi menganugerahkan projek kepada syarikat secara runding terus bernilai RM700 juta.

“Pemuda PAS Selangor berpegang bahawa keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi ia juga perlu tampak dan ditampilkan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelasnya lagi, SPRM perlu diberi ruang untuk menyiasat tanpa mengambilkira status seseorang itu.

“SPRM harus diberi ruang untuk melakukan penyiasatan terhadap kes berkenaan dengan adil dan diberi kebebasan penuh berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang,” ujarnya lagi.

Menurut hantaran yang telah dimuat naik di halaman sosial Facebook Ng Suee Lim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan merangkap Speaker DUN Selangor dari DAP menyatakan bahawa RFP bagi projek itu melibatkan sebanyak 98 buah syarikat, namun kesemuanya telah ditolak dan tender telah diberikan kepada sebuah syarikat Landasan Berjaya secara rundingan terus.

Pada 1 Mac lalu, Bersatu Negeri Selangor telah membuat laporan polis berhubung isu ini dan pihak polis telah menyerahkan laporan ini kepada pihak SPRM untuk siasatan lanjut, namun tiada apa-apa maklumat setakat ini.

Ketirisan berlaku dianggarkan berjumlah lebih RM117 juta yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat Selangor melalui premium tanah yang telah dikecualikan dibayar oleh syarikat tersebut.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
PRN: Bersatu Negeri Sembilan tawar kerusi MB jika KJ tanding tiket PN
February 10, 2023
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
24 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok