Sokongan kepada PN akan bertambah walaupun terus ditekan: Takiyuddin

March 11, 2023 · Politik

Sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) tidak mustahil akan bertambah kuat lagi walaupun semakin banyak tekanan diberikan kepada pemimpin pembangkang.

Rakyat kini bukan lagi bodoh dan tidak boleh menilai tindakan bermotif politik yang dirancang oleh kerajaan campuran untuk menjatuhkan pemimpin PN, kata Ahli Majlis Tertinggi PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Kita melihat walaupun tuduhan dikenakan (terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin), kita menerima maklum balas yang baik daripada rakyat.

“Bahawa (tuduhan itu) ia satu perancangan untuk melemahkan PN, namun saya tidak nampak ia akan menjejaskan prestasi kita, malah ia akan menambahkan lagi sokongan kepada kita

“Kita yakin sokongan rakyat terhadap PN akan bertambah dan ia tidak akan melemahkan kita,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Takiyuddin terdahulu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu Kali ke-56 di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, pihaknya akan mengadakan jelajah ke seluruh negeri untuk menerangkan kepada rakyat berhubung pertuduhan yang dibuat terhadap pemimpin mereka.

“Kita bertanggungjawab untuk menjelaskan pandangan dan akan beri penjelasan kepada rakyat tentang apa yang sedang berlaku. Kita mempunyai 4.7 juta penyokong yang mengundi kita.

“Kita akan menggabungkan segala kekuatan iaitu PAS dari segi jentera, Bersatu dari segi ‘figure’ (nombor) dan Gerakan mewakili orang bukan Melayu,” katanya.

Terdahulu, semalam Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan tetapi tidak sebarang transaksi melibatkan akaun peribadi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok