Pelaburan pada 2022 sejumlah RM264.6 bilion, bakal wujudkan 140,370 pekerjaan baharu

March 8, 2023 · Isu semasa

Pelaburan diluluskan dalam negara pada tahun adalah sejumlah RM264.6 bilion (AS$59.9 bilion), kedua tertinggi dalam sejarah negara.

Malaysia dijangka mendapat manfaat dengan dianggarkan sebanyak 140,370 pekerjaan baharu bakal diwujudkan dalam pelbagai sektor ekonomi setelah dilaksanakan hasil pelaburan yang dibawa masuk itu.

Untuk rekod, jumlah pelaburan itu meliputi sebanyak 4,454 projek dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama.

Walaupun berdepan cabaran global mencabar, pencapaian dalam pelaburan tersebut boleh dianggap membanggakan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, jumlah pelaburan yang diluluskan pada 2022 itu juga menunjukkan status Malaysia masih kekal sebagai destinasi pilihan pelaburan.

“Sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama negara menunjukkan daya tahan dalam menghadapi landskap ekonomi yang mencabar sekali gus membuktikan bahawa Malaysia terus membangkitkan keyakinan dan kekal sebagai destinasi pilihan untuk pelabur global yang mencari peluang jangka panjang stabil,” katanya dipetik laporan BH.

Tengku Zafrul terdahulu mengumumkan prestasi pelaburan Malaysia di MIDA hari ini.

Jelasnya lagi, pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang 61.7 peratus daripada jumlah pelaburan pada RM163.3 bilion.

Beliau berkata, pelaburan langsung domestik (DDI) pula merekodkan sebanyak 38.3 peratus atau RM101.3 bilion.

China, katanya mendahului sebagai negara yang paling banyak melabur dengan jumlah pelaburan yang diluluskan pada RM55.4 bilion diikuti oleh Amerika Syarikat (RM29.2 bilion), Belanda (RM20.4 bilion), Singapura (RM13.5 bilion) dan Jepun (RM11.4 bilion).

“Lima negeri telah menyaksikan aktiviti pelaburan yang ketara, dengan Johor mempunyai pelaburan diluluskan paling banyak berjumlah RM70.6 bilion.

“Ini diikuti Selangor (RM60.1 bilion), Sarawak (RM28.2 bilion), Kuala Lumpur (RM25 bilion) dan Pulau Pinang (RM16.3 bilion),” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Pengurus syarikat kerugian hampir RM80,000 ditipu pelaburan dalam talian
November 24, 2023· Isu semasa
Sindiket mata wang kripto RM50 juta lebih ditumpaskan
November 4, 2023· Isu semasa
Popular
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
Pihak berkuasa batal ubat tradisional mengandungi racun berjadual
June 5, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok