Lepas singkirkan 4 ADUN, P Pinang lantik ‘ADUN angkat’ pula

March 7, 2023 · Politik

Kerajaan Pulau Pinang bakal melantik ‘ADUN angkat’ selepas empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disandang Bersatu dikosongkan semalam.

Ia melibatkan DUN Seberang Jaya, Sungai Acheh, Bertam dan Teluk Bahang yang dimenangi atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 lalu.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata keputusan itu dibuat supaya ‘ADUN angkat’ tersebut memangku tugas bagi menguruskan empat kawasan berkenaan dalam tempoh kekosongan.

“Ekoran pengosongan ini, kerajaan negeri telah mengambil tindakan untuk membolehkan pelantikan ADUN angkat yang terdiri daripada beberapa ADUN untuk mengurus kawasan berkenaan.

“Tindakan juga diambil supaya rakyat dan pengundi tidak berasa terpinggir serta mendapat pembelaan dan dijaga oleh kerajaan negeri dengan peruntukan yang sama di kawasan masing-masing,” katanya pada persidangan DUN Pulau Pinang KETIKA menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Air Putih) berkenaan tindakan kerajaan Pulau Pinang untuk menjaga empat kawasan DUN yang dikosongkan itu.

Semalam DUN Pulau Pinang meluluskan usul bagi mengisytiharkan pengosongan empat kerusi DUN yang terdiri daripada ahli Bersatu iaitu Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya); Zulkfili Ibrahim (Sungai Acheh); Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang) yang dikatakan lompat parti.

Semua mereka meninggalkan bangunan DUN kira-kira 1 tengah hari selepas diarahkan berbuat demikian oleh Speaker DUN Law Choo Kiang sebaik sahaja usul itu mendapat sokongan majoriti ADUN.

Law turut memaklumkan sesuatu kekosongan luar jangka tidak boleh diisi memandangkan DUN akan terbubar kurang dari dua tahun.

Dalam pada itu Bersatu menyifatkan keputusan meluluskan usul itu bermotif bermotif politik dan salah guna kuasa.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
DAP perguna Melayu untuk tembusi negeri dikuasai Melayu: MB Kedah
November 3, 2022
Selangor pun ada masalah air dan sekarang banjir kilat: Noh
June 23, 2023
Nazri bidas Zahid jangan memandai-mandai buat keputusan bersendirian
June 21, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok