Bukan semua permohonan lesen bagi B40 akan ditanggung kerajaan: Loke

March 4, 2023 · Isu semasa

Kerajaan tidak akan menanggung semua permohonan lesen kenderaan bagi golongan B40 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2023 yang lalu.

Pengumuman dalam Bajet 2023 lalu hanya melibatkan permohonan yang benar-benar berdepan kesulitan kewangan untuk mendapatkan lesen motosikal Kelas B2 dan lesen teksi, bas serta e-hailing, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Jelasnya, individu daripada kategori itu yang berdepan kesulitan dari segi keupayaan kewangan sahaja, akan dipertimbangkan untuk menerima manfaat program berkenaan.

Bagaimanapun, katanya mekanisme dan syarat itu akan diperincikan terlebih dahulu sebelum pengumuman dibuat.

“Yang pertamanya, bukan kita dapat tanggung untuk semua…sudah tentu kita tidak dapat tanggung semua. Yang dimaksudkan ialah mungkin kita ada program, inisiatif di mana kita memberikan bantuan untuk mengambil lesen ini kepada golongan B40 dan juga untuk pemandu yang ingin mendapatkan PSV (Lesen Vokasional Kenderaan) dan GDL (Lesen Perdagangan).

“Itu yang sedang kita akan bangunkan dari segi mekanismenya dan akan diumumkan bagaimana untuk memohon dan sebagainya,” katanya dipetik laporan BH.

Dalam pada itu, Loke berkata bagi program tersebut Kementerian Pengangkutan diberi peruntukan sebanyak RM4 juta dan hanya mereka yang benar-benar layak akan dipertimbangkan permohonan.

“Ada peruntukan lebih RM4 juta untuk kita menampung perbelanjaan untuk membantu khususnya golongan B40 tetapi sudah tentunya bermaksud tidak semua orang yang mengambil lesen memandu akan dapat ditampung oleh kerajaan. Itu tak dapat kita buat.

“Yang paling penting ialah sudah tentu golongan sasar kita ialah golongan B40 di mana ada kekangan kewangan. Kita akan cuba perincikan bayaran bantuan tersebut,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau berkata demikan ketika diwawancara dalam program Ruang Bicara bertajuk Belanjawan 2023: Manfaat Sektor Pengangkutan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran BernamaTV malam ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa kerajaan menerusi program MyPSV bersetuju menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing bagi membantu kumpulan B40, khususnya dalam kalangan belia.

Berita berkaitan
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023· Isu semasa
MYAirline henti operasi serta-merta, berdepan tekanan kewangan
October 12, 2023· Isu semasa
DAP yakin pengundi Cina sokong calon UMNO di Pelangai: Loke
October 5, 2023· Politik
Bekas ADUN DAP dilantik Speaker Selangor, tuntutan kepada UMNO ditunai
September 19, 2023· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok