Sifat balas dendam PM sangat kuat, lagi teruk berbanding Dr Mahathir: MP Pendang

February 21, 2023 · Politik

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dikritik sebagai lebih kuat berdendam jika dibandingkan pemimpin terdahulu, kata Datuk Awang Solahuddin Hashim.

Ahli Parlimen Pendang itu menyifatkan tindakan kerajaan campuran yang diterajui Anwar seakan mahu membalas dendam terhadap pemimpin lawan dan membandingkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya lebih zalim.

“Kami (Perikatan Nasional) sebagai pembangkang, ugutlah apa saja… segala tribulasi dan fitnah yang kami hadapi lebih teruk.

“Bagi saya, kalau inilah permulaan PM, dia adalah perdana menteri paling teruk di Malaysia. Malah Dr Mahathir yang dikata zalim pun tak (sezalim itu) setakat ini.

“Sifat balas dendam PM ini sangat kuat dan sangat pendendam,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Awang terdahulu ditanya media berhubung pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan yang berdepan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta hari ini.

Beliau menyifatkan ia merupakan satu permulaan daripada “permainan” Anwar.

Terdahulu, Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata parti itu menjadi mangsa pendakwaan terpilih selepas Wan Saiful didakwa atas dakwaan rasuah bernilai RM6.9 juta pagi tadi.

Pada sidang media di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini, bekas PM Kelapan itu, berkata setiap parti politik memerlukan dana untuk menjalankan aktiviti, malah Perlembagaan membenarkan sumbangan diterima daripada ahli, orang ramai dan juga individu yang menyokong perjuangan parti.

Muhyiddin mendakwa Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga telah menerima dana daripada penyokong dan beliau mempersoalkan mengapa pemimpin mereka tidak didakwa di mahkamah.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok