UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP

May 17, 2021 · Politik

Lawatan Datuk Dr Noraini Ahmad ke Bangi tidak pernah sekali pun beliau menjemput UMNO Bahagian di kawasan tersebut tapi alih-alih boleh pula mengajak Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming untuk bersama dalam satu program, bidas Ketua Bahagian Bangi, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.

Mohd Zaidi Mohd mendakwa Ketua Wanita UMNO itu sudah banyak kali mengadakan program di sekitar Bangi namun UMNO Bahagian tidak pernah menerima jemputan daripadanya bahkan untuk memaklumkan kepada wakil di kawasan tersebut pun tidak pernah.

“Tak ada dijemput. Noraini Datang ke UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) tak datang jumpa saya, turun sini (Bangi) sudah banyak kali, tapi tidak pernah jumpa saya. Jumpa Wanita UMNO Bahagian Bangi pun kurang, Noraini tak ‘friendly’ langsung.

“Turun ke sini (Bangi) banyak kali tak pernah nak hello (hubungi). Melalui wakil pun tak pernah,” kata Mohd Zaidi kepada Agenda Daily.

Mohd Zaidi mengetahui berhubung kontroversi melibatkan program Menteri Pengajian Tinggi yang turut disertai Kian Ming baru-baru ini di UKM Bangi.

Jelasnya lagi, Noraini sepatutnya meraikan sesama ahli UMNO apabila membuat lawatan di kawasan tersebut dan sekiranya tiada jemputan bagaimana ahli UMNO nak hadir menunjukkan muka mereka.

“Kita sepatutnya dalam UMNO kena sama-sama meraikan, tapi macam mana saya nak tunjuk muka kalau tak dijemput?” katanya lagi.

Berbeza dengan wakil PAS, Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff boleh pula menjemput UMNO Bahagian Bangi untuk bersama dalam programnya walaupun bukan satu parti, kata Mohd Zaidi lagi.

“Yang peliknya, Timbalan Menteri, Zailah buat program di Bangi, PAS yang panggil kita. Dia (pas) ada akal, Noraini? Apa salahnya kalau panggil kita sekali,” katanya lagi.

Rabu lalu, Noraini bersama Kian Ming dengan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Hussaini Omar menziarah Azura Omar, seorang pelajar PhD di UKM yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.

Dalam pada itu Noraini menafikan bahawa menerima arahan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang meminta supaya pimpinan UMNO untuk turut menjemput wakil DAP dalam setiap program anjuran parti itu.

Sebelum ini, Agenda Daily melaporkan Zahid membayangkan bakal terbentuk jajaran baharu politik bersama PKR dan DAP yang akan dikenali sebagai Perikatan 3.0 dan bukannya Perikatan Nasional (PN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pendedahan terbuka Zahid itu secara tidak langsung mengukuhkan lagi khabar angin sebelum ini dengan menyifatkan langkah tersebut diambil sesuai dengan dinamik politik yang sedang berlaku mengikut perubahan dan keadaan politik semasa negara.

Tegas Zahid, jajaran baharu itu tidak melibatkan PN yang ada sekarang bagaimanapun beliau tidak mendedahkan parti yang akan bersama dalam gabungan baharu itu.

Namun, sebelum ini beberapa pemimpin parti mendakwa Zahid sedang berusaha untuk membawa UMNO duduk serumah bersama PKR dan DAP.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Mahu ambil empat ADUN, Anwar gadai prinsip terima ‘lompat parti’ pula?
October 19, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok