Warisan desak SPRM siasat tiga bekas ADUN lompat parti sokong Hajiji

February 7, 2023 · Politik

Parti Warisan menggesa supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini.

Untuk rekod, tiga bekas ADUN Warisan tersebut baru-baru ini mengumumkan keluar parti dan menyokong kerajaan negeri Sabah yang ditadbir Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Tiga ADUN Warisan tersebut ialah Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Norazlina Arif (Kunak).

Naib Presiden Warisan, Junz Wong mendakwa salah seorang ADUN itu sebelum ini secara terbuka mengaku ditawarkan jawatan dan jutaan ringgit untuk mereka keluar parti.

“SPRM mesti menyiasat tindakan melompat tiga YB omo kerana salah seorang ADUN berkenaan merakam video pada Jun lalu, secara terbuka mengakui ditawarkan berjuta-juta ringgit dan jawatan kepada mereka untuk meninggalkan Warisan.

“Cakap-cakap mengenai perpaduan hanyalah taktik melengah-lengahkan yang digunakan oleh ‘kerajaan pintu belakang’ diketuai Hajiji untuk terus ‘membeli’ YB kita demi kepentingan politik (mereka) sendiri.

“Nampaknya cakap-cakap mengenai perpaduan ini tidak pernah ikhlas dan wang masih menjadi raja, sedihnya,” dakwa katanya dalam dalam satu kenyataan.

Dalam satu kenyataan bersama semalam, tiga bekas ADUN Warisan tersebut berkata langkah itu diambil selepas meneliti dan mempertimbangkan semua aspek termasuk hala tuju gabungan politik itu di Sabah dan pandangan akar umbi di kawasan yang mereka wakili.

Semakan media juga mendapati Norazlinah pernah memuat naik video di akaun TikToknya pada Jun tahun lalu dengan mendakwa dia ditawarkan jutaan ringgit dan jawatan untuk meninggalkan Warisan.

Mengakui berasa ‘teruja’ selepas menerima tawaran berkenaan, Norazlinah berkata dia masih setia kepada parti pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal itu dan menegaskan tidak akan meninggalkan parti itu demi rakyat serta mereka yang telah mengundinya.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Mahu ambil empat ADUN, Anwar gadai prinsip terima ‘lompat parti’ pula?
October 19, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok