PH juga berbelanja mewah siap sewa helikopter, kena adil dan disiasat juga: Marzuki

February 3, 2023 · Isu semasa

Jika Bersatu disiasat hanya kerana dakwaan belanja semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), siasatan juga perlu diambil terhadap Pakatan Harapan (PH) yang juga berbelanja mewah.

Kempen PH semasa PRU-15 juga nampak hebat dan mewah dengan mempunyai lori sendiri dan papan iklan besar di kawasan mereka ditandingi, itu belum lagi diambilkira helikopter yang digunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sana sini berkempen.

Mantan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri (KSUS) Kelapan, Datuk Dr. Marzuki Mohamad berkata PKR dan DAP juga perlu tampil mendedahkan penyata akaun parti masing-masing jika mahu bercakap soal ketelusan dan integriti.

“Saya menyambut baik respon YAB Perdana Menteri yang bersetuju dengan saranan saya supaya PKR dan DAP mendedahkan kepada umum penyata akaun parti masing-masing seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian.

“Perlu didedahkan juga ialah akaun amanah (trustee account) kedua-dua parti ini jika ada.. Selain itu, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) juga wajar menyiasat dari mana PKR dan DAP mendapat sumber dana untuk membiayai PRU-15. Jika diperhatikan kedua-dua parti ini berbelanja besar,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Marzuki berkata jika dibandingkan dengan PH dan Perikatan Nasional (PN), bahan kempen parti diketuai Anwar lebih banyak bahan ceramah yang digunakan mereka, ia termasuk helikopter.

“Lihat sahaja jumlah bendera, poster, pentas ceramah, lori bergerak, sistem audio, iklan, billboard besar dan kecil, kempen di media sosial dan lain-lain.

“Ini tidak termasuk bayaran sewa jet dan helikopter untuk kegunaan Datuk Seri Anwar sendiri ketika berkempen. Juga kos-kos lain yang melibatkan kerja-kerja jentera parti,” katanya lagi.

Marzuki juga tidak menolak jumlah perbelanjaan bahan kempen PH boleh menelan ratusan juta ringgit dan daripada mana sumber wang tersebut diperoleh.

“Berdasarkan pengamatan kasar saya, jumlah pembiayaan kempen pilihan raya PKR dan DAP mencecah ratusan juta ringgit. Dari mana sumber ini diperolehi?

“PKR dan DAP adalah kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Adakah PKR dan DAP tidak menerima sebarang sumbangan daripada mana-mana ahli perniagaan atau tauke-tauke yang berurusan dengan ketiga-tiga kerajaan negeri ini? Saya tanya saja bukan tuduh,” soalnya lagi.

Tegasnya lagi, kerajaan campuran juga perlu adil dan jika mahu SPRM menyiasat Bersatu, sepatutnya semua parti yang lain juga turut disiasat.

“Saya sebutkan begini kerana SPRM telah memulakan siasatan terhadap Bersatu dan sedang mengenalpasti sumber dana pilihan raya Bersatu.

“Tidak adil jika Bersatu sahaja disiasat kerana dituduh berbelanja besar. PKR dan DAP juga berbelanja besar,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok