Himpunan bantah bakar Al-Quran, 10 individu sudah dirakam keterangan polis

February 2, 2023 · Isu semasa

Polis sudah merakam keterangan 10 individu yang terlibat dalam perhimpunan membantah Al-Quran yang diadakan di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda di ibu negara, Jumaat lalu.

Himpunan bantahan tersebut yang turut dihadiri pemimpin politik daripada Perikatan Nasional (PN) diadakan tanpa permit, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dan beberapa individu lain bakal dipanggil untuk dirakam keterangan pada masa terdekat.

“Kita akan memanggil beberapa lagi individu yang sudah dikenal pasti dalam masa terdekat,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Beliau terdahulu menghadiri Himpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Sebelum ini, media melaporkan polis mengenal pasti individu terbabit dengan dua perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang itu dan akan dipanggil untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Dang Wangi membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Terdahulu, polis mengesan demonstrasi aman dan serahan memorandum membantah pembakaran Al-Quran serta demonstrasi solidariti bantahan penghinaan agama Islam yang tidak mematuhi undang-undang diadakan di lokasi berkenaan.

Pemerhatian polis mendapati kira-kira 80 individu menyertai perhimpunan yang diadakan di hadapan Kedutaan Belanda dan seramai 400 orang menyertai perhimpunan diadakan di hadapan Kedutaan Sweden.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
10 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
10 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok