Jika pemimpin dipecat dan digantung masuk PN, situasi UMNO lebih parah: Penganalisis

January 28, 2023 · Politik

UMNO akan berdepan situasi lebih parah sekiranya pemimpin yang mereka pecat mengambil langkah tindak balas dengan menyertai Perikatan Nasional (PN), sama ada parti Bersatu dan PAS.

Penganalisis politik, Wong Chin Huat membayangkan keadaan UMNO yang sudah lemah dan disusuli dengan langkah memecat pemimpin utama dalam parti hanya merugikan mereka dan ia akan menjadi lebih parah jika individu seperti Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan Suffian menyertai parti dalam PN selepas ini.

Chin Huat yang juga profesor di Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan universiti (SDSN) Asia itu berkata kedua-dua pemimpin muda itu mempunyai pengikut sendiri dan mampu menarik pengundi pertengahan untuk beralih menyokong PN, ia jika mereka menyertai mana-mana parti dalam gabungan itu.

“Senario sebaliknya akan menjadi lebih buruk bagi PH – jika Khairy dan Shahril menyertai Bersatu, mereka akan membawa lebih ramai pengundi pertengahan Melayu, terutamanya anak muda, kepada PN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, UMNO memecat bekas ketua pemudanya, Khairy dan Shahril pula digantung selama enam tahun.

Senario kedua menurut Chin Huat jika kedua-dua mereka menyertai parti dalam Pakatan Harapan (PH) pula, ia akan bakal mengakibatkan pertelagahan antara UMNO dengan parti komponen dalam gabungan tersebut selepas ini.

“Ramai penyokong PH berharap Khairy – dan rakan rapatnya Shahril – akan menyertai barisan mereka, terutamanya PKR, kerana mereka merayu kepada segmen pasaran pilihan raya yang lebih bandar, pelbagai, muda dan canggih.

“Jika ini berlaku, UMNO dan bekas pembangkang UMNO di bawah tiket PH mungkin akan bertelagah antara satu sama lain dalam pilihan raya negeri,” katanya lagi.

Selain itu, pengaruh bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga tidak boleh dipandang ringan UMNO sekiranya beliau meninggalkan parti dan pilihan raya kecil (PRK) diadakan kerana akta antilompat parti yang berkuatkuasa, ia mungkin bakal menyebabkan UMNO bakal berdepan krisis lebih besar.

“Sekiranya Hishammuddin menang besar, lima lagi ahli parlimen UMNO yang dilabelkan sebagai pro-PN, termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad, mungkin mempertimbangkan untuk melakukan perkara yang sama.

“Bolehkah Anwar menghalang senario terburuk selepas malam panjang pembersihan UMNO?” katanya lagi.

Untuk rekod, Hishammuddin dikenakan tindakan gantung keahlian selama enam tahun, tetapi Ismail Sabri tidak dikenakan tindakan sementara Hasni dipecat sebagai Pengerusi UMNO Johor dalam keputusan malam tadi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Bersatu, PAS bincang strategi hadapi PRU15
April 4, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok