Lepas dipecat Zahid, ini reaksi KJ

January 28, 2023 · Politik

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberitahu tidak terkesan dengan keputusan parti memecatnya malam tadi.

Malah bekas menteri kesihatan itu juga berkata beliau tidak akan tunduk dengan keputusan UMNO tersebut.

“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan.

‘Unbowed, unbent, unbroken‘,” katanya menerusi laman sosial Facebook dan Twitter, malam tadi.

Malam tadi, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Khairy antara pemimpin yang dipecat daripada parti tersebut dengan alasan melanggar disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum ke-15.

Selain Khairy, Tan Sri Noh Omar turut dipecat bersama lima lagi ahli UMNO Pasir Gudang, sembilan ahli dari UMNO Putrajaya, dua ahli Umno Tanjong Karang dan 26 ahli UMNO Pahang.

Sementara beberapa lagi pemimpin UMNO digantung keahliannya selama enam tahun iaitu Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datuk Seri Maulizan Bujang, Datuk Seri Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan.

Keputusan parti dipimpin Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu menerima pelbagai reaksi sejak malam tadi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PRU-15 nak tunggu apa lagi, gesa Zahid kepada Ismail Sabri
March 18, 2022
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok