Lesap wang pencen RM233,480 selepas ditipu Macau Scam

January 26, 2023 · Isu semasa

Seorang guru wanita mendakwa wang pencen arwah suaminya berjumlah RM233,480 lesap selepas dirinya diperdayakan sindiket Macau Scam, sejak dua minggu lepas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata mangsa berusia 55 tahun dari Maran, mendakwa pada mulanya dihubungi suspek yang menyamar sebagai wakil syarikat penghantaran pada 13 Jan lepas, lapor Bernama.

“Mangsa mendakwa suspek mengaitkan dirinya dengan kegiatan pengedaran barang larangan dan kes penggubahan wang haram yang telah menjadi kes polis.

“Dia kemudiannya dihubungi suspek kedua yang menyamar sebagai pegawai polis yang turut meminta maklumat perbankan mangsa kononnya bagi tujuan siasatan,” katanya, menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Ramli berkata mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas semakan di bank mendapati terdapat 16 transaksi pemindahan wang secara dalam talian dilakukan tanpa pengetahuannya.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran, semalam.

Ramli menasihatkan orang awam untuk tidak cemas apabila menerima panggilan yang kononnya dari pihak berkuasa dan tidak mendedahkan maklumat peribadi serta perbankan kepada pihak ketiga.

“Pihak penguat kuasa tidak menjalankan sebarang siasatan menerusi panggilan telefon dan orang awam dinasihatkan untuk sentiasa menyemak dengan polis atau bank jika menerima panggilan seupamanya,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Petunjuk ekonomi positif, IMF unjur pertumbuhan KDNK 6.5%
April 7, 2021
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
9 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok