Zahid! Cermin diri dulu sebelum serang Hadi Awang: Pemuda PAS

January 22, 2023 · Politik

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari menggesa Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencermin diri sendiri sebelum menyerang Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu rasuah.

“Sebelum Datuk Seri Presiden menyerang Presiden kami dalam isu rasuah.

“Saya sarankan Datuk Seri membeli cermin.

“Atau gunakan cermin yang ada di kediaman rasmi,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu hari ini (22 Januari 2023) merujuk kepada kediaman Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden UMNO itu berhubung isu sedekah dan rasuah yang disuarakan Abdul Hadi semalam.

Semalam, Abdul Hadi menjelaskan bahawa mengikut undang-undang pilihan raya sedia ada calon atau wakilnya tidak boleh memberi wang atas apa alasan pun, kepada orang ramai ketika kempen.

“Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri, tetapi orang awam mahu beri sedekah terpulang kepada dia,” katanya mengulas tindakan UMNO Terengganu memfailkan petisyen mencabar kemenangan PAS di Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman, atas dakwaan wujud rasuah.

Susulan itu, Zahid mengkritik Abdul Hadi yang mempertahan tindakan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan mendakwa ia adalah sedekah.

“Kalau dia buat (dianggap) sedekah. Kalau kita bagi (dianggap) rasuah,” kata Zahid.

Kenyataan Ahmad Fadhli terhadap Zahid itu dipercayai merujuk kepada puluhan pertuduhan jenayah, termasuk rasuah, yang sedang dihadapi Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, yang kini diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahid, 69, mula dibicarakan pada 18 November 2019 terhadap 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pada 23 Januari lalu, Hakim Sequerah memerintahkan Zahid membela diri terhadap semua tuduhan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Menurut kenyataan Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang yang juga seorang peguam, Hassan Karim “TPM1 (Zahid) sekarang berada di peringkat membela diri. Di akhir kes pendakwaan yang lalu, beliau telah didapati bersalah oleh Hakim kerana pihak Pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.”

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri
April 13, 2021
Perbicaraan kes saman taikun terhadap Sanusi ditetapkan 25 Oktober
August 25, 2023
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok