Hujan berterusan diramal di Johor dan negeri pantai timur

January 19, 2023 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di timur semenanjung membabitkan Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu sehingga 22 Jan ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang ini, jabatan itu memberi amaran ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, tengah dan barat Sarawak serta Sabah pada sebelah petang dan awal malam dalam tempoh berkenaan.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun yang berlaku di rantau negara dijangka sehingga 25 Jan depan dan keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh tersebut,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Selain itu, amaran angin kencang turut dikeluarkan bagi perkapalan dengan keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga diramalkan berlaku sehingga Rabu depan.

“Angin kencang timur laut melebihi 60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan utara Condore.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” menurut kenyataan itu.

Berita berkaitan
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Jumaat: MetMalaysia
November 21, 2023· Isu semasa
11 Nov hingga Mac tahun depan tempoh Monsun Timur Laut, siap sedia banjir
November 7, 2023· Isu semasa
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri petang ini
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
September 28, 2022
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok