Zahid kekal Presiden, cikgu boleh tarik nafas lega

January 16, 2023 · Politik

Keputusan UMNO untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan depan pastinya memberi kelegaan kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kekal mentadbir kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-UMNO.

Sekiranya pertandingan dibuka bagi merebut kedua-dua jawatan utama dalam UMNO tersebut, cikgu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pasti akan pening kepala memikirkan memandangkan nasib kerajaan PH-UMNO sekarang bergantung sepenuhnya kepada parti tersebut.

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika dua jawatan tersebut terbuka untuk dipertandingkan dan ia akan memberi risiko yang besar kepada Anwar untuk mempertahankan kerajaan campuran diterajuinya itu.

Sudah semestinya jika pemilihan UMNO membuka pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden akan terdapat banyak calon yang mencabar Zahid dan Datuk Seri Mohamad Hasan kerana menjadi punca parti itu sekarang terpaksa melutut kepada PH dan DAP untuk membentuk kerajaan.

Tidak menghairankan jika Zahid dan Mohamad begitu bimbang sekiranya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden terbuka untuk pertandingan kerana sokongan akar umbi terhadap kedua-dua mereka sudah semakin terhakis ekoran keputusan untuk duduk bersama PH-DAP.

Malah, prestasi kedua-dua mereka juga agak buruk semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang menyaksikan UMNO kalah teruk dalam sejarah sehingga tinggal beberapa kerusi sahaja dan mempunyai majoriti cukup untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.

Zahid dan Mohamad sebenarnya tidak berani untuk berdepan pemilihan parti, maka dicipta pelbagai alasan bagi menghalalkan langkah untuk tidak mempertandingkan jawatan tertinggi parti kerana bimbang disingkir nanti.

Jika berani, Zahid dan Mohamad boleh sahaja menghentikan usul supaya dua jawatan tersebut tidak dipertandingkan itu daripada diteruskan tetapi sebaliknya mengambil jalan mudah dengan membiarkan ia diluluskan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO yang baru berakhir.

Alasan kononnya tidak mahu berpecah adalah hanya satu retorik semata-mata, realitinya kedua-dua mereka sebenarnya takut kehilangan jawatan dalam UMNO.

Malah, ia alasan sama digunakan sebelum PRU-15 lalu dan hasilnya UMNO terlingkup menjadi parti paling lemah dan gagal memenangi banyak kerusi.

Nampaknya UMNO tidak belajar daripada kesilapan pada PRU-15 lalu dan masih dalam sindrom penafian, tindakan mematikan demokrasi dalam parti hanya menambah barah dalam parti dan akar umbi mula terasa mereka sudah dikencing berulang kali.

Namun, disebalik keputusan UMNO semasa perhimpunan agung baru-baru ini, Anwar yang juga Presiden PKR boleh menarik nafas lega dan tidak perlu pening kepala untuk kekal sebagai PM lebih lama.

Jika pemilihan parti dijalankan dengan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan, individu yang paling cuak sekali pastinya Anwar kerana karier anak muridnya itu bila-bila sahaja boleh ditamatkan kerana dianggap liabiliti kepada parti.

Perubahan dalam UMNO boleh memberi impak kepada kerajaan campuran Anwar kerana pastinya pemimpin yang baharu menerajui parti akan mempunyai hala tuju yang berbeza dengan corak pentadbiran terdahulu.

Jika perubahan dalam UMNO berlaku, sudah semestinya pemimpin baharu akan mengambil langkah drastik untuk memulihkan parti dan menimbang semula pendirian mereka dalam kerajaan campuran PH-DAP.

Perkara ini paling dibimbangi Anwar jika anak muridnya tidak lagi menjadi Presiden UMNO selepas pemilihan parti nanti.

Oleh sedemikian, apabila Zahid kekal sebagai Presiden UMNO, ia juga secara tidak langsung Anwar juga akan masih kekal menjadi PM.

Al-maklum, kedua-dua mereka saling memerlukan dan perlu menolong satu sama lain demi survival politik masing-masing.

Cikgu ucap tahniah kepada anak murid dan anak murid juga akan ucap tahniah kepada cikgu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
16 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok