‘Yang tersohor seluruh dunia main politik wang ialah UMNO’: MB Kedah

January 12, 2023 · Politik

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menempelak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana hanya ‘bercakap’ tanpa bertindak berhubung dakwaan berlaku politik wang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hingga menyebabkan kejatuhan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri boleh menyuruh agensi terlibat untuk menangkap semua pihak yang bermain politik wang seperti didakwa.

Namun katanya Zahidi memilih langkah sebaliknya dengan cuba memalitkan tuduhan yang selama ini menyelubungi partinya kepada pihak lain.

“Beliau dah jadi Timbalan Perdana Menteri maka suruhlah agensi terlibat tangkap semua ‘hat’ main politik wang itu. Jangan cakap banyak, pi tangkap sebab dah ada kuasa.

“Kami ini mana ada duit nak main politik wang. Yang tersohor di serantau dunia kerana main politik wang adalah UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Parti lain tak ada tetapi UMNO dan BN ini sejak 70-an dan 80-an hinggalah sekarang. Tak payahlah palit pada orang lain,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Perdabandaran Mampu Miliki Darul Aman Saujana dan Pelan Induk Bandar Darulaman 3.0 di Jitra, Kedah, hari ini.

Dalam Program Bual Bicara Naratif Khas disiarkan RTM Isnin lalu, Zahid mendakwa politik wang menjadi faktor utama tsunami poliiitik yang mengakibatkan kejatuhan BN pada PRU-15 hingga menyebabkan gabungan itu hanya mampu memenangi 30 kerusi Parlimen.

Menurut Presiden UMNO itu, ‘kuasa beli luar biasa’ daripada parti lawan menyebabkan pengundi berubah sikap dan gagal menilai prestasi politik khidmat yang dilaksanakan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN sepanjang tempoh lima tahun lalu.

Sehubungan itu Zahid menegaskan, amalan politik wang perlu dibanteras, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu, tahun ini.

Diminta mengulas kenyataan Zahid kepada perwakilan UMNO semalam yang didakwa memberi bayangan bahawa gabungan tersebut akan bertanding bersama Pakatan Harapan (PH) dalam PRN, namun memilih kekal menggunakan logo BN, Muhammad Sanusi berkata, terpulang kepada gabungan tersebut untuk menggunakan apa saja logo dimahukan.

“Silalah guna logo apa pun, orang kenal dah ‘hangpa’,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
August 9, 2021
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok