UMNO masih kalah teruk walaupun tiada pemilihan parti, Tok Mat tidurkah?

January 12, 2023 · Politik

Walaupun tiada pemilihan parti diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), UMNO masih mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah.

Tidak belajar daripada kesilapan lama, UMNO kini mengulangi strategi lama apabila tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan atas alasan dangkal kononnya parti akan berpecah.

Hujah parti berpecah adalah tidak masuk akal sama sekali, bukankah sebelum ini pemilihan parti sudah ditangguhkan bagi memberi laluan PRU-15 diadakan tetapi kenapa sekarang mahu dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan pula?

Takut parti berpecah atau sebenarnya Presiden dan Timbalan Presiden takut hilang jawatan jika pemilihan parti diadakan?

Jika PRU-15 sebelum ini dijadikan kayu pengukur, ternyata kedua-dua Presiden dan Timbalan Presiden gagal dalam mengemudi parti sehingga membawa kejayaan, malah lebih teruk lagi apabila hilang kerusi lebih banyak berbanding sebelum ini.

UMNO selepas PRU-15 tinggal 26 kerusi, sementara Barisan Nasional (BN) pula hanya memenangi 30 kerusi sahaja. 

Pencapaian UMNO-BN semasa PRU-15 tidak langsung membanggakan, malah lebih malang lagi terpaksa bersujud kepada DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan bersama.

Semalam, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi alasan dangkal lagi, apabila berkata bimbang kononnya akan wujud perpecahan dalam UMNO sekiranya jawatan utama parti itu dipertandingkan meskipun beliau terbuka untuk bersaing.

Beliau menyifatkan lebih baik jawatan utama diputuskan menang tanpa bertanding dengan mengambil kira situasi UMNO ketika ini dalam keadaan ‘terduduk’.

“Kalau boleh dalam keadaan kita dah jatuh terduduk begini, sebaiknya jawatan presiden dan lain-lain itu eloklah menang tanpa bertanding dan itu sebaiknya.

“Kalau bertanding, sedikit sebanyak dia ada pepecahan. Jadi tak tahulah. Terpulanglah.

“Saya tak ada masalah (terbuka)… siapa nak bertanding lawan Timbalan Presiden, (tapi) saya mempertahankan,” katanya dipetik laporan media semalam.

Sebelum ini pun pemilihan parti ditangguhkan, tetapi UMNO masih kalah teruk tetapi kini sudah kalah teruk pun masih mahu pemilihan diadakan secara tidak demokrasi.

Nampaknya, Tok Mat masih tidak belajar daripada kesilapan dan mahu memanipulasi akar umbi pula dengan hujah-hujah tidak masuk akalnya lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok