PH dan UMNO muktamadkan kerjasama di Selangor hujung bulan ini: MB

January 11, 2023 · Politik

Bentuk kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor diharap dapat diputuskan selewat-lewatnya hujung bulan ini, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor berkata beliau telah berjumpa secara tidak formal dengan beberapa pihak dalam BN bagi membincangkan perkara tersebut, lapor Bernama.

“Dalam minggu ini atau awal minggu depan, saya akan buat pengumuman. Hari ini saya akan membawa ke mesyuarat exco dan membuat keputusan tertentu. Ia adalah perbincangan yang sangat positif dan saya berharap ia akan mewakili sentimen dalam kerajaan Persekutuan.

“Harap selewat-lewatnya bulan ini, kita sudah tentukan jenis kerjasama dan selepas itu, pada Februari dan seterusnya kita membuat persiapan untuk pilihan raya negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 kepada penjawat awam di negeri itu, di sini hari ini.

Amirudin juga berkata mandat telah diperoleh daripada PKR untuk memulakan perbincangan berkenaan kerjasama tersebut dan ia akan diputuskan dalam kalangan parti gabungan PH.

“Secara asasnya saya tahu tidak ada tentangan, cuma kita kena melihat formulanya. Saya tak jumpa (ahli BN) secara formal, kita jumpa secara tidak rasmi di acara dan majlis dan dinyatakan tarikh dan waktu yang perlu ditetapkan.

“Maksudnya kita kena buat permulaan kepada perbincangan. Itu kena ada kerangka kerja… Jadi kita kena mulakan dengan beberapa kerangka kerja, apa yang perlu dimulakan dan sebagainya,” kata beliau.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
‘Bahaya jika DAP perintah negara’
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
6 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
24 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok